Jumaat, 6 April 2012

BINCANGKAN HUBUNGAN ANTARA SIKAP, NILAI, KEPERCAYAAN DAN PENCAPAIAN INDIVIDU  DALAM ORGANISASI

 OLEH: NORSHAHRUL MARZUKI B. MOHD NOR



1.1       PENGENALAN

Sikap dalam memimpin sesebuah organisasi adalah sangat penting bagi membentuk sebuah organisasi yang cemerlang sama ada organisasi tersebut berorientasikan keuntungan mahupun yang tidak berorientasikan keuntungan (kebajikan). Justeru itu, secara rasionalnya sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin yang mempamerkan sikap yang positif terhadap pekerja bawahan lazimnya akan mampu membentuk organisasi tersebut menuju gerbang kejayaan. Satu lagi elemen yang menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi adalah motivasi yang tinggi di kalangan pemimpin dan juga para pekerja yang menjadi sebahagian daripada asset terpenting sesebuah organisasi bagi berdaya saing dengan organisasi yang lain. Oleh yang demikian, tugasan ini akan memberi ulasan terhadap empat perkara penting mengenai sikap dan motivasi dalam organisasi. Pertamanya adalah kepentingan sikap dan  motivasi pekerja dalam organisasi. Ianya akan memberi ulasan bagaimana peranan sikap dan motivasi mampu membawa kejayaan dalam sesebuah organisasi. Seterusnya ulasan ini akan  menumpu kepada faktor yang mempengaruhi sikap dan motivasi dalam organisasi. Bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci anasir-anasir yang mempengaruhi sikap serta motivasi dalam sebuah organisasi.



Walaubagaimanapun tugasan ini akan menjelaskan juga peranan latihan dalam membentuk sikap dan meningkatkan motivasi pekerja dalam organisasi. Fokus akan diberi bagaimana latihan itu mampu membentuk sikap bagi meningkatkan motivasi  para pekerja yang menjadi tulang belakang dalam sesebuah organisasi. Akhirnya tugasan ini akan mengulas hubungan sikap dan motivasi pekerja terhadap pencapaian organisasi. Dalam bahagian terakhir ini akan memberi kefahaman tentang bagaimana sikap dan motivasi para pekerja memberi kesan kepada pencapaian sebenar sesebuah organisasi



1.1.1    Takrifan Sikap

Istilah sikap menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan ianya sebagai gaya,lagak, gerak-geri, rupa, tingkah-laku, takah, atau aksi.  Azizi Bin Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon  (2004:75), mengatakan bahawa sikap adalah perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat (fikiran) atau dalam istilah bahasa Inggeris pula disebut sebagai “attitude” yang membawa maksud satu cara penterjemahan terhadap perasaan, pemikiran dan tingkah laku. Kesimpulannya sikap bolehlah dikatakan sebagai perbuatan yang mencerminkan tingkah laku seseorang



1.1.2    Takrifan Nilai

Aspek nilai dalam pelbagai disiplin pengurusan dimisalkan sebagai penyemai benih kehidupan berorganisasi. Diharapkan daripada proses penyemaian benih inilah akan terhasil norma-norma organisasi yang penuh tertib dan adab yang mengajar warganya cintakan kebenaran dan menghormati setiap amanah yang dipegang. Perihal inilah yang bakal menerbitkan kebahagiaan dan kebebasan dalam diri setiap individu dalam organisasi tersebut dan seterusnya menjadi pendorong kepada mereka untuk terus menyempurnakan apa jua tanggung jawab dengan istiqamah, tekun dan sabar.





1.1.3    Takrifan Kepercayaan

Kepercayaan berkaitan dengan kesahihan dan melakukan perkara yang betul. Ia menjadi penentu kepada kejayaan dalam hidup khususnya organisasi di mana suasana persekitaran yang semakin bertambah kompetitif dan setiap pekerja dinilai secara serius.



Kepercayaan adalah ciri-ciri perwatakan yang membina rasa hormat dan setia di samping memberi sokongan kepada suasana kerja yang berkualiti. Hilang kepercayaan pasti mengundang tekanan dan tingkah laku negatif seperti prasangka buruk dan dendam yang bakal menggugat semangat pasukan kerja.



Antara langkah yang boleh diterapkan untuk membina kepercayaan di tempat kerja ialah:

1. Jujur

Langkah pertama adalah jujur. Jujur pada diri dan pada orang lain walaupun perkara berkenaan dianggap kecil dan remeh. Beritahu yang benar kerana kebenaran tidak ditentukan oleh kecil atau besar sesuatu isu. Prinsipnya sama dengan bohong iaitu sama ada kecil ataupun besar, bohong tetap bohong dan ia merupakan satu kepalsuan.



Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada sumber-sumber yang sahih dan berfakta wajar dikongsi walaupun tidak memberi kelebihan kepada diri sendiri. Mengambil barang tanpa maklum hendaklah dihentikan serta-merta supaya ia tidak menjadi tabiat buruk yang merugikan.







2. Pertimbangan yang matang

Maklumat atau berita yang ada dalam pengetahuan kita sebaiknya diurus dengan hikmah dan bijaksana. Tahu apa yang patut dikongsi dan bila pula boleh dikongsi. Semua perkara berkaitan peribadi, keupayaan organisasi dan pesaing mesti kekal menjadi rahsia kepada anggota pekerja. Pertimbangan yang bijak bukannya meletakkan semua perkara mesti dikawal sebaliknya bijak menguruskan maklumat kerana setiap orang yang berjumpa dengan kita sentiasa ada muslihat.



3. Istiqamah

Perkataan mesti selari dengan perbuatan ataupun disebut ‘bercakap serupa bikin.’ Apa yang dikata mesti di kota, bukannya hari ini cakap lain dan esok cakap lain pula. Di tempat kerja, jadikan kehadiran kita suatu yang tetap pada masa tertentu supaya kita membina kepercayaan orang lain dengan ketepatan masa datang bekerja.



4. Jujur dalam komunikasi tanpa lisan

Pakar-pakar bahasa badan menyatakan 50 peratus kesan komunikasi terletak pada komunikasi tanpa lisan. Justeru, menarik perhatian orang lain ke atas kejujuran kita adalah dengan melihat mata dan mengekalkan pertembungan mata tersebut dalam keadaan selesa. Tunjukkan bahasa badan yang terbuka seperti mendepangkan tangan dan duduk tanpa menyilang kaki.



5. Utamakan faedah bersama

Pentingkan diri sendiri ada pada semua orang. Namun, sifat terlalu pentingkan diri akan mengikis keyakinan dan kepercayaan. Bagi mengelak sikap pentingkan diri dari melampaui batas, jadikan ‘kami’ atau ‘kita’ sebagai ungkapan pilihan menggantikan ‘saya’ di samping mengamalkan sikap terbuka serta bersedia dengan kritikan.



Percaya adalah nilai yang sangat penting dalam organisasi kerana ia mengukuhkan kesetiaan. Tema percaya ini menjadikan banyak syarikat gergasi peringkat dunia terus kekal berdaya saing seperti McDonald, Sony dan Pepsi. Mereka percaya dan yakin bahawa pelanggan adalah talian hayat perniagaan yang dibina. Lalu tidak berkompromi dengan nilai-nilai yang merosakkan daya saing.



1.1.4    Takrifan Pencapaian Individu

Dalam usaha memantapkan pengurusan organisasi, terdapat organisasi yang memaparkan pencapaian yang cemerlang dan pencapaian yang rendah. Bagi memastikan setiap individu dalam organisasi cemerlang setiap dari mereka akan didedahkan dengan perkara baru atau belajar sesuatu yang baru dalam meningkatkan kemahiran untuk menjadi invidu yang mahir dalam sesuatu orgnisasi.



2.1     HUBUNGAN ANTARA ELEMEN-ELEMEN DI ATAS DAN KESAN KEPADA PENCAPAIAN SESEBUAH ORGANISASI DARI POSITIF DAN NEGATIF

Menurut Ishak Mad Shah lagi (2006:54), sesetengah para pekerja tidak hanya mengharapkan ganjaran dalam bentuk kewangan semata-mata untuk berjaya dan cemerlang dalam pekerjaannya sebaliknya ia bergantung kepada banyak faktor-faktor lain yang bukan berbentuk kewangan seperti sikap pengurus yang gemar memberi pujian atau galakan kepada setiap para pekerjanya. Hal yang demikian ini juga adalah diharapkan oleh para pekerja bagi memberi kesan kepada diri para pekerja bahawa masih diperlukan dalam sesebuah organisasi tersebut. Dalam hubungan ini, sudah semestinya pekerja terbabit tidak akan menolak untuk pekerjaan yang diberikan kepadanya apabila merasakan diri begitu dihargai oleh pihak organisasi. Sekaligus suasana ini akan mewujudkan pulangan yang baik kepada organisasi tersebut.



Dalam sesebuah organisasi tidak dapat dinafikan akan berlaku konflik  sama ada di antara pekerja mahu pun di antara pihak pengurusan sendiri. Oleh yang demikian,  di sinilah sikap memainkan peranan dalam sesebuah organisasi apabila pengurus yang bijak tidak perlu mengambil kesempatan di atas konflik yang berlaku sebaliknya menjadi agen pendamai bagi pihak-pihak yang berkonflik itu.



Justeru akan wujud keadaan “menang-menang” kepada pihak yang terlibat tanpa membawa kesan buruk kepada organisasi yang dipimpin. Ini disokong oleh hujah yang diberikan oleh Md. Yadi Said (2006:3), yang mengatakan bahawa:



“Konflik memerlukan kedua belah pihak bagi tujuan penyelesaian atau pun pihak ke tiga sebagai perantara.”



Jelas bahawa peranan sikap, nilai, kepercayaan dan pencapaian individu akan mempengaruhi pencapaian sesebuah orgnaisasi sama menjurus kepada pencapaian posisitf dan negatif.





2.1.1  Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sikap, Nilai, Kepercayaan Dan Pencapaian Individu Dalam Organisasi

Dalam konteks organisasi akan terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi perilaku sikap dan motivasi pemimpin mahu pun para pekerja yang berada dalam organisasi tersebut. Pengaruh-pengaruh ini akan menentukan corak pentadbiran sesebuah organisasi atau pun gelagat yang akan muncul di kalangan pekerja.



Kedudukan seseorang dalam organisasi boleh menjadi faktor pengaruh kepada sikap dan motivasi. Contohnya jika sebelum ini individu berkenaan berada di peringkat pekerja bawahan dan sering kali hanya menerima arahan sahaja daripada pihak atasan dan kemudian apabila dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi maka di sini sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan motivasi individu terlibat daripada sikap yang dipamerkan sebelum daripada ini.



Pada masa ini mungkin individu terlibat akan lebih tegas oleh kerana jawatan sekarang memperuntukkan tanggungjawab dan autoriti yang berbeza (Zainudin Zakaria dan Zaidatul Hidayah Zakaria, 2006:15). Kedudukan jawatan dalam organisasi juga dalam konteks ini akan meningkatkan motivasi individu terlibat supaya bekerja dengan lebih gigih lagi sebagai tanda terima kasih kepada pihak pengurusan yang telah memberi  peluang kenaikan pangkat kepadanya.



Seterusnya adalah konsep kuasa yang dimiliki oleh seseorang yang berada dalam organisasi itu sendiri. Konsep kuasa sering kali dikaitkan dengan kepimpinan kerana di sana ada elemen pengaruh (Abdul Ghani Abdullah,  Abd Rahman Abd Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad, 2008:6). Kuasa adalah keupayaan untuk bertindak dan mempengaruhi orang lain. Justeru itu, seseorang pemimpin akan berubah daripada segi sikap dan motivasinya terhadap pekerja bawahan supaya akan memperoleh penghormatan dan dalam masa yang sama boleh memberi arahan dan pekerja yang menerima arahan itu perlu mematuhi oleh kerana arahan tersebut datang daripada individu yang ada kuasa untuk memberi arahan.



Selain itu kuasa juga boleh digunakan oleh pemimpin tersebut untuk memberi galakan atau nasihat kepada pekerja yang berada di bawah seliaannya untuk bekerja dengan lebih tekun yang sekaligus pasti akan meningkatkan motivasi para pekerjanya.



Elemen seterusnya yang menjadi faktor mempengaruhi sikap dan motivasi pekerja dalam organisasi adalah nilai dan kepercayaan pekerja itu sendiri. Contohnya, jika seseorang pekerja itu mempercayai bahawa tindakannya melakukan sesuatu adalah benar maka ia tetap akan mempertahankan tindakannya itu walaupun mungkin akan mendapat kritikan rakan sekerja mahupun  pihak pengurusan organisasi tersebut.



Dalam hubungan ini, nilai dan kepercayaan seseorang individu itu akan mempengaruhi tindakannya dalam organisasi. Ini kerana nilai adalah satu pegangan yang menjadi prinsip dalam diri seseorang yang akhirnya akan membentuk sikap dan peribadi serta tindakannya. Hal ini sangat bertepatan dengan pandangan yang dikemukakan oleh Mardzelah  Makhsin (2006:2007), iaitu nilai wujud dengan memberi asas pegangan dalam kehidupan dan ia dibentuk melalui kepercayaan agama, kepercayaan politik dan kepercayaan budaya. Beliau juga membahagikan tiga kepercayaan yang membentuk nilai seseorang iaitu:

(i)         Kepercayaan deskriptif iaitu kepercayaan yang mempunyai kemungkinan benar atau  tidak.

(ii)        Kepercayaan evualutif iaitu kepercayaan yang dipertimbangkan baik atau buruk.

(iii)       Kepercayaan preskriptif iaitu hasil tindakan yang ditujukan sama ada dikehendaki atau pun tidak.



Secara jelas menunjukkan bahawa nilai dan kepercayaan itu sebenarnya boleh menjadi penyumbang kepada pengaruh sikap dan membawa kepada motivasi kepada seseorang pekerja yang yakin pada  dirinya  terus melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan kepadanya biar pun menerima kritikan.



Sikap manusia secara semula jadinya akan berubah sama ada baik atau pun sebaliknya apabila menerima ganjaran. Justeru itu, ganjaran boleh dikaitkan dengan perkara yang secara tidak langsung mampu untuk mempengaruhi sikap dan motivasi seseorang pekerja dalam sebuah organisasi. Contohnya apabila seseorang pekerja mendapat ganjaran dalam bentuk kewangan seperti kenaikan gaji sudah  pasti pekerja ini akan bekerja lebih gigih lagi dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi untuk bekerja.Ini kerana ganjaran merupakan satu hubungan langsung terhadap prestasi pekerja.



Jika para pekerja menilai ganjaran itu tinggi maka kesannya akan memotivasikan para pekerja dan begitulah sebaliknya.(Muhammad Ali Embi,2005:42). Begitulah besarnya pengaruh ganjaran lebih-lebih lagi dalam bentuk kewangan kepada para pekerja dalam memastikan objektif organisasi sentiasa boleh dicapai sepenuhnya.



3.1       TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH SESEBUAH ORGANISASI UNTUK MEWUJUDKAN SATU MASYARAKAT KERJA YANG POSITIF.

Dalam sesebuah organisasi sama ada besar atau pun kecil saiznya tidak akan terlepas daripada memberi latihan kepada para pekerjanya bagi mewujudkan pekerja yang mampu bekerja dengan baik dan sempurna di samping latihan itu memberi pengetahuan kepada pekerja tentang selok-belok pekerjaan yang akan dilakukannya.



Tanpa latihan yang mencukupi pasti organisasi itu akan menuju saat yang sukar apabila berada dalam pasaran persaingan yang hebat kini. Oleh kerana persaingan memerlukan para pekerja yang bukan sahaja berdisiplin bahkan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

            

Menerusi latihan secara berkala dan berterusan boleh berperanan menyumbang kepada mengembangkan  kemahiran pekerja supaya mampu memenuhi keperluan organisasi (Ishak Mad Shah, 2002:182).Berpegang kepada prinsip itu, dengan adanya latihan secara berterusan untuk para pekerja sedikit sebanyak akan mampu untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pekerja yang terlibat.



Segala ilmu yang diperoleh semasa dalam latihan tersebut akan digunakan sesudah kembali bertugas di organisasi kelak. Sudah pasti keadaan menjadi sangat berbeza jika ingin dibandingkan dengan para pekerja yang tidak mengikuti latihan.



Di sini akan terbentuk sikap baru di kalangan para pekerja yang kembali bertugas setelah dibekalkan dengan ilmu baru, mereka ini akan lebih bersemangat dalam melakukan kerja, berkeyakinan, tahan cabaran dan yang paling penting adalah peningkatan daripada segi motivasi bekerja kerana pekerja ini sudah tahu apa yang sepatutnya dilakukan olehnya sekiranya berdepan dengan masalah atau pun berada di bawah tekanan akibat pekerjaan yang dilakukan. Ini semua kesan daripada latihan yang diberikan tersebut. Pencapaian  dalam organisasi pasti akan meningkat hasil daripada adanya pekerja-pekerja yang begini.





Melalui latihan juga akan meningkatkan disiplin di kalangan para pekerja. Dalam struktur sesebuah organisasi masalah disiplin di kalangan pekerja tidak dapat dinafikan lagi. Justeru melalui latihan mampu kembali mendisiplinkan pekerja-pekerja yang bermasalah. Menurut Ishak Mad Shah (2002) lagi sesuatu bentuk latihan itu hendaklah bersesuaian dengan tujuan ia dilaksanakan.



Dalam hubungan ini sekiranya organisasi mahu melihat pekerja yang bermasalah itu kembali bersemangat dalam melaksanakan tugas maka  bentuk latihan yang patut diikuti mungkin dalam bentuk ceramah kaunseling atau mengikuti kem-kem motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri yang kian luntur. Sikap yang terserlah selepas mengikuti latihan tersebut akan mencerminkan kejayaan organisasi juga jika pekerja terlibat mampu membawa perubahan ketara dalam diri dan sekaligus memberi kesan positif dalam menjayakan misi dan visi organisasi.

             

Selain daripada apa yang telah dijelaskan peranan latihan juga akan membolehkan pekerja dalam sesebuah organisasi membentuk pasukan kerja yang mantap. Kebanyakan organisasi pada masa ini mengamalkan budaya kerja berpasukan kerana ianya mampu untuk meningkatkan produktiviti organisasi selain memupuk sikap mengeratkan hubungan sesama kakitangan. Kerjasama yang wujud antara ketua jabatan yang bertanggungjawab merancang dan kakitangan yang menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana segala permasalahan dapat diselesaikan secara tolak ansur dan permuafakatan (Yeop Husin Bidin, 2006:2).



Pendekatan yang digunakan dalam kerja berpasukan adalah kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan juga kakitangan. Hal ini terhasil daripada latihan baik secara dalaman mahupun luaran yang digembelingkan secara bersama dalam membentuk pasukan kerja yang berjaya.



Semangat kerjasama yang ditonjolkan membuktikan bahawa latihan sangat memainkan peranan dalam membentuk sikap dan motivasi dalan sesebuah organisasi. Semangat kerja secara berpasukan sudah pun membuktikan bahawa setiap pekerja di organisasi tersebut ada semangat motivasi yang tinggi, jika tidak mana mungkin mampu untuk membentuk pasukan yang mantap.    

             

Organisasi yang baik dan mantap pengurusannya memerlukan seorang pemimpin yang mantap juga di semua peringkat kepimpinannya. Contohnya jika kepimpinan atasannya hebat tetapi kepimpinan di peringkat bawahan tidak sempurna maka keadaan tidak seimbang ini tidak mungkin mewujudkan kejayaan dalam organisasi tersebut. Maka di sini peranan latihan yang akan memberi kesan besar dalam  mewujudkan ciri-ciri  atau pun melahirkan  bakat-bakat baru dalam kepimpinan organisasi.  



Lebih tepat lagi kepimpinan hari ini memerlukan seorang pemimpin yang demokratik bukan autokratik. Pemimpin demokratik adalah  pemimpin yang memberi banyak kebebasan dan banyak tanggungjawab kepada orang yang dipimpin dan bersifat terbuka kepada pelbagai cadangan dan pandangan (Abdullah b Hassan & Ainon Bt Mohd:63). Sifat pemimpin yang begini sebenarnya mudah didampingi oleh para pekerja bagi meluahkan apa yang tersirat di hati dan berkongsi masalah pekerja. Pendekatan yang dibawa juga membuatkan pekerja lain lebih senang berurusan dengan pemimpin yang dibentuk dengan jiwa demokratik ini. Sikap mesra dengan para pekerja memungkinkan situasi di tempat kerja menjadi lebih seronok dalam bekerja dan pasti keadaan ini meningkatkan semangat motivasi pekerja untuk mencapai hasrat organisasi. Inilah peranan latihan memberi pengaruh terhadap sikap dan motivasi dalam organisasi.



3.1.1    Contoh Krisis Yang Berlaku Sesebuah Organisasi

Syarikat penerbangan Air Asia kini memang dikenali ramai, sebelum ini syarikat penerbangan ini merupakan sebuah syarikat penerbangan yang hampir muflis dan tidak dapat berdaya saing untuk memajukan diri sebagai sebuah syarikat penerbangan. Selepas di ambil alih dengan satu konsep pengurusan baru yang membabitkan usaha antara majikan dengan pekerja membabitkan perubahan sikap, nilai, kepercayaan dan pencapaian individu dengan menganggap pekerja merupakan sebahagian dari syarikat, Air Asia kini mampu berada setanding dengan syaraikat penerbangan antarabangsa yang lain. Perubahan yang ditunjukkan oleh pekerja dan majikan mampu menaikkan syarikat tersebut sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia.







4.1     TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH ORGANISASI UNTUK MENGELAKKAN KRISIS DALAM ORGANISASI

Menurut pandangan Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004:53), mengatakan motivasi adalah tenaga penggerak kepada sikap yang menolak untuk melakukan sesuatu tindakan. Setiap pemimpin perlu menerima hakikat bahawa motivasi adalah komponen yang kritikal dalam  menentukan kejayaan mana-mana organisasi.



Oleh itu seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang manusia (pekerja) supaya dapat menyusun strategi-strategi bagi mendapatkan kerjasama secara menyeluruh daripada pekerja bawahannya. Ini kerana motoivasi itu sendiri sebenarnya ada ciri-cirinya yang tersendiri bagi mengaitkan hubungannya dengan sikap dalam organisasi baik daripada pihak pemimpin mahupun pekerja terhadap pencapaian sesebuah organisas yang dipimpin. Ciri-ciri tersebut adalah:

(i)               Motivasi menggambarkan pandangan dan sikap yang unik pada diri seseorang

(ii)              Motivasi yang wujud dalam diri seseorang itu akan mempengaruhi setiap tindak tanduk dan sikap mereka dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya

(iii)            Motivasi ada berbagai-bagai bentuk dan akan memainkan peranan penting dalam   menggerakkan seseorang pekerja di samping membentuk sikap dan pandangan pekerja

(iv)            Motivasi menekankan pada gerak kerja dan suatu tindakan luaran dan dalaman yang    mempengaruhi seseorang memilih tindakan dan gerak kerja yang hendak dilakukan.



Ciri-ciri yang dinyatakan di atas dapat difahami bahawa motivasi membawa ke arah pembudayaan kerja yang positif. Jika ditinjau daripada sikap pula ia mempunyai beberapa komponen sikap seperti perasaan, pemikiran dan tingkah laku (Azizi Yahaya et.al,2004:75). Oleh itu, hubungan antara sikap dan motivasi terhadap pencapaian organisasi boleh dikategorikan sebagai satu hubungan yang positif ataupun selari.



Contohnya sekiranya seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi bersikap terbuka dengan para pekerja bawahannya dalam erti kata boleh dibawa berbincang tentang masalah yang dihadapi pekerja, maka di sini akan wujud situasi “menang-menang” antara pekerja dengan pihak pengurusan organisasi tersebut.

            

Keadaan  persekitaran pekerjaan juga akan menjadi lebih kondusif di mana para pekerja dapat bekerja dengan penuh komited. Kepuasan bekerja juga akan wujud dalam kalangan para pekerja bawahan oleh kerana sikap pengurusan yang sentiasa mengambil berat akan masalah yang dihadapi seperti mana yang dijelaskan sebelum ini bahawa  antara faktor yang mempengaruhi motivasi adalah ganjaran dan galakan yang tidak semestinya dalam bentuk kewangan akan tetapi boleh jadi dalam bentuk pujian dan dorongan. Dalam konteks ini, sikap pengurusan yang terbuka itulah berjaya meningkatkan motivasi para pekerja bawahannya. Oleh kerana itu disifatkan hubungan antara keduanya ( sikap dan motivasi) adalah positif ataupun selari.

           

Pencapaian organisasi yang di dalamnya terdapat suasana pekerjaan yang “menang-menang’ antara pihak pengurusan dan juga pihak pekerja sudah tentu akan mencapai kejayaan cemerlang dalam memenuhi aspirasi organisasi. Gelagat-gelagat yang dipamerkan dalam organisasi itulah yang menjadi penyumbang besar kepada pencapaian organisasi dalam menghadapi persaingan globalisasi kini.



Tidak ada satu organisasi yang akan mencapai kejayaan jika hubungan antara pihak pengurusan dan pihak pekerja renggang ataupun bercakaran, sebaliknya keadaan ini hanya akan menimbulkan konflik yang akhirnya akan merugikan organisasi sendiri. Justeru itu kejayaan dalam organisasi tidak hanya bersifat individu bahkan mencakupi seluruh warga organisasi daripada pihak pengurusan hinggalah kepada pekerja bawahan (subordinat). Penggemblengan tenaga dan kepakaran semua level dalam organisasi maka akan mewujudkan pencapaian cemerlang organisasi.

                       

5.0     KESIMPULAN

Sikap, nilai, kepercayaan dan pencapaian individu dalam organisasi adalah elemen yang berhubungan rapat. Oleh itu tugasan ini telah menerangkan dengan terperinci definisi sikap iaitu satu perbuatan yang mencerminkan tingkah laku seseorang manakala nilai lebih sinonim dengan takrifan kuasa yang membangkitkan, mendorong, dan  mempengaruhi gelagat bertindak. Kepercayaan berkaitan dengan kesahihan dan melakukan perkara yang betul. Ia menjadi penentu kepada kejayaan dalam hidup khususnya organisasi di mana suasana persekitaran yang semakin bertambah kompetitif dan setiap pekerja dinilai secara serius dan pencapaian individu berkaitan dengan kebolehan individu dalam meningkatkan pengetahuan dan imbuhan yang diperolehi dalam organisasi. Lanjutan daripada itu, tugasan ini telah membincangkan kepentingan motivasi dalam organisasi di antara kepentingan tersebut adalah memupuk semangat kekeluargaan dalam organisasi supaya perhubungan sedia terjalin menjadi lebih rapat. Selain itu ianya mampu untuk membentuk persekitaran kerja yang seronok dan ada elemen kepuasan dalam bekerja. Kepentingan sikap dan motivasi yang seterusnya adalah memberi galakan dan dorongan kepada para pekerja dan yang terakhir adalah menjadi pendamai sekiranya berlaku konflik dalam organisasi yang dipimpin.







































Rujukan

         Ishak Mad Shah (2002). “Pengenalan Psikologi Industri  Dan Organisasi”. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.Johor.

       Azizi yahaya,Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim &Yusof Boon (2004). “Psikologi Sosial Alam Remaja”. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.Johor.

       Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). “Pembangunan Organisasi Di Malaysia: Projek Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor.

       Mohamad Ali Embi (2005). “ Sistem Saraan Di Malaysia: Sistem Saran Berasaskan Merit”. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

       Ishak Mad Shah (2006). “Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi”. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor.  

       Mardzelah Bt Mukhsin (2006). “Sains Pemikiran Dan Etika”. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

       Md Yadi Said (2006). “Mengurus Konflik-Cegah Konflik Daripada Meruncing”. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

       Yeop Husin Bidin (2006). “Kerja Berpasukan”. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

        Zainuddin Zakaria & Goh Ying Soon (2006). “Memotivasikan Pekerja Mewujudkan Organisasi Yang Bermotivasi Dan Berprestasi Tinggi”. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

       Zainuddin Zakaria & Zaidatul Hidayah Zakaria (2006). “Kemahiran Memimpin”. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

KETELUSAN SERTA APLIKASI KONSEP KEBEBASAN BERSUARA DAN HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA

OLEH: Norshahrul Marzuki b. Mohd Nor
1.1 PENGENALAN
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia akan mendukung prinsip-prinsip sebuah negara demokrasi. Antara prinsip-prinsip utama dalam sistem demokrasi ialah amalan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Ini menjadi pegangan dalam sesebuah sistem negara yang mengamalkan demokrasi. Tetapi konsep demokrasi dari segi kebebasan bersuara dan hak asasi dalam hal ini perlu dilihat dari segi sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri perlu diambil kira atau difahami dengan jelas maksudnya. Dalam konteks ini kebebasan bersuara dan hak asasi yang perjuangkan mesti memperlihatkan kesepaduan dengan kehendak perlembagaan negara yang mengutamakan keharmonian dan perpaduan kaum yang ada di Malaysia.

Dalam hal ini kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dapat dilihat sebagai suatu proses evolusi .Walaupun konsep hak asasi manusia dikatakan masih baru namun menurut Paine ,idea dan pemikiran berkenaan hak asasi manusia sudah dapat dikesan kewujudannya semenjak kewujudan manusia itu sendiri. Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan, beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan.

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan.

Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian".

Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan. Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sivil dan Politikal (ICCPR) (Azman, 2010).

1.2 KONSEP KEBEBASAN BERSUARA
Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.

Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat" (WIKIPEDIA, 2012).

Artikel 10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan, yang mengatakan “setiap rakyat mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan berekspresi”. Pendirian teguh atas prinsip kebebasan bersuara ini adalah patut dipuji, dan ia memberi kita peluang yang baik untuk memeriksa sifat-sifat dan asal-usul kebebasan bersuara dengan lebih dekat.
Apakah sebenarnya maksud istilah “kebebasan bersuara”? “Kebebasan bersuara” merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-ideanya tanpa campur tangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya, suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan.

Jika seorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun lisan (Kwek, 2010).

Tetapi kenapa kita perlu pedulikan kebebasan bersuara ini pada mulanya? Apakah kepentingannya kepada kehidupan kita? Untuk menghargai pentingnya kebebasan bersuara, kita perlu terlebih dulu mengenal pasti peranan besar yang dimainkan oleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita. Hidup kita dibentuk oleh apa yang kita tahu, dari segi idea-idea yang kita percayai menentukan tindakan-tindakan yang kita ambil.

Apa yang perlu kita buat dengan kehidupan kita? Apakah arah tujuan yang perlu kita capai? Bagaimana kita hendak mencapai cita-cita ini? Ini semua adalah soalan-soalan yang kita tidak dapat jawab tanpa pengetahuan yang berkaitan. Daripada hal memetik buah beri kepada membina bangunan pencakar langit di bandar-bandar kita, hampir kesemua perkara yang kita usahakan sebagai umat manusia bergantung kepada ilmu pengetahuan yang telah kita perolehi.

Tetapi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan kita memerlukan proses pembelajaran dan pertanyaan yang aktif. Seseorang hanya boleh melakukan perkara ini jika mindanya adalah bebas untuk menyiasat apa-apa persoalan, bebas untuk menilai semua fakta, dan bebas untuk mengikut mana-mana cara penyelidikan walau ke manapun arah kesimpulannya nanti.
Di dalam konteks inilah kebebasan bersuara mewakili satu nilai yang sangat genting. Jika ilmu pengetahuan itu penting, maka kebenaran adalah penting. Jika kebenaran itu penting, kita mestilah bebas untuk mencari dan menjumpainya dengan menggunakan penalaran minda kita sendiri.

Kerajaan boleh saja dengan secara paksa menekan sesebuah pendapat; ia boleh memaksa ke atas kita apa yang ia rasakan benar atau salah – tetapi kecuali jika kita melihat sendiri kebenaran sesuatu idea, tiada jumlah paksaan akan membuat minda manusia berfungsi.

Kebebasan bersuara juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi individu-individu yang mempunyai pendapat berbeza. Apabila pendapat golongan majoriti adalah tersilap, ianya adalah wajib untuk mereka dalam kelompok minoriti untuk menyuarakan kebenaran. Tanpa perlindungan ini, melalui kebebasan bersuara, kebenaran tidak akan terbukti. Oleh kerana terdapat beberapa salah faham tentang konsep hak pada waktu ini, satu penjelasan diperlukan. Hak kepada kebebasan bersuara tidaklah bersamaan dengan hak kepada sesebuah forum atau platform di mana seseorang boleh mengutarakan pendapatnya (Kwek, 2010).

1.3 KONSEP KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA
Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki identiti insan, yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan. Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan.

Contohnya, dalam perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Pentakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral. Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu perdebatan dalam bidang falsafah dan sains politik . Dari segi perundangan,

Hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara pentakrifan dan pelaksanaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian. Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
1. kebebasan daripada ketakutan
2. kebebasan daripada kemahuan
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan (WIKIPEDIA, 2012). Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang diterap dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamadun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik (Kevin, et. al, 1991).

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.

Di bawah Seksyen 2, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), pengertian hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Malaysia.

Seksyen 4(4) Akta 597 juga memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna hak asasi manusia yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 harus dirujuk setakat tidak berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Secara adatnya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dianggap sebagai undang-undang antarabangsa yang mengikat. Dengan terteranya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, konsep hak asasi manusia di Malaysia telah diperluaskan sejajar dengan perkembangan sejagat. Walaupun terdapat 28 perkara di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menjamin hak asasi individu, terdapat satu klausa khas iaitu Perkara 29 yang menyebut bahawa setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik (WIKIPEDIA, 2012).

2.1 KETELUSAN DAN APLIKASI KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA
Idea kebebasan bersuara mendapat tempat dalam wacana politik Tanah Melayu (Malaysia) bersama-sama dengan kedatangan idea-idea demokrasi iaitu pemerintahan berasaskan und ang-undang, sistem kehakiman, dan prinsip hak kebebasan individu semasa era awalan kolonial British. Pada tahun 1948, British tela h memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan 1948 yang merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan bentuk demokrasi berparlimen yang diamalkan kini.

Kini trend global ke arah pendemokrasian dan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat melalui media elektronik dan internet semakin memberangsangkan perkembangan idea kebebasan bersuara di Malaysia.

Setelah merdeka, jaminan kepada kebebasan bersuara terkandung pada Bahagian I1 Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 10(1) iaitu mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan yang mana menyatakan (a) tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran, (b) semua warganegara berhak berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata, dan (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (Rusdi, et. al, 2005).

Amalan demokrasi di Malaysia hanya mementingkan proses pilihan rayah sehingga penghayatan terhadap nilai-nilai demokrasi yang lain seperti prinsip hak asasi manusia,
pemerintahan berasaskan undang-undang, dan kebebasan sivil termasuklah kebebasan bersuara terbatas. Case (1993) pula mengklasifikasikan politik Malaysia terutama pada era kepimpinan Dr. Mahathir sebagai ’semi-democratic’ atau separuh demokrasi kerana pihak kerajaan menekan organisasi sosial atau NGO melalui ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, Clan AUKU, Walaupun kerajaan tidak mengharamkan para NGO tadi.

Selain itu, tidak berlakunya peralihan kuasa pusat atau perubahan kerajaan yang mana
semenjak pilihan raya yang pertama tahun 1955 sehingga pilihan raya ke lapan pada tahun 1990 (mahupun hingga pilihan raya ke-10 pada tahun 1999), parti yang memerintah terdiri daripada kalangan parti Perikatan yang kemudiannya pada tahun 1974 membentuk Barisan Nasional (BN). Jomo K. S. (1996: 74-75) telah. memperlihatkan dua cabaran demokrasi Malaysia iaitu pertama, penghakisan terhadap
demokrasi Malaysia yang disebabkan pemusatan kuasa di tangan badan eksekutif telah memberi kesan langsung kepada cara pemerintahan dan tahap kebebasan bersuara di Malaysia dan kedua, wujudnya amalan ‘penyewaan hak milik’ oleh ahli-ahli politik yang
mempunyai kepentingan perniagaan khususnya melalui media seperti akhbar ‘Utusan Malaysia’ dan ’Berita Harian’ serta stesen televisyen‘TV3’.

Chandra Muzaffar (1986) telah menghuraikan secara terperinci hak kebebasan bersuara yang disekat melalui akta-akta kawalan dan manipulasi pengawasan ke a tas media massa dan elektronik tempatan. Akta-akta tersebut iaitu ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, dan AUKU menyebabkan tanggapan meluas bahawa tiada saluran yang jelas dalam mengemukakan pendapat alternatif terhadap arus utama apatah lagi kritikan ke atas dasar-dasar dan tindakan-tindakan pihak pemerintah.

Salah satu elemen demokrasi ialah kebebasan media. Musa Hitam (2001) iaitu pengerusi SUHAKAM berpendapat tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak. Beliau menyetujui kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan laporannya. Penolong Pengarah Berita Utusan Malaysia waktu itu, (Marzuki Yusoff 2001) juga menyokong pandangan Musa Hitam dan beliau menjelaskan, "Walaupun hampir semua wartawan mungkin gembira apabila dapat menulis sebebas-bebasnya tetapi dalam sistem dan nilai-nilai masyarakat di Malaysia, media massa (cetak dan elektronik) perlu ada tanggungjawab sosial dan penapisan dalaman. Malaysia sendiri tidak akan aman jika akhbar saling melaga-lagakan penduduk berlainan kaum. Rakyat juga akan terlalu keliru dan hidup dalam kebencian jika sentimen anti kerajaan dipaparkan setiap hari.

Media merupakan medium utama dalam menyampaikan maklumat dan menjayakan agenda-agenda negara khususnya dalam mendepani cabaran arus globalisasi. Umum mengetahui bahawa media berperanan besar dalam proses pembentukan, pembangunan serta kestabilan sesebuah negara termasuklah dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat seluruh dunia bergantung sepenuhnya kepada media untuk mendapatkan maklumat dan informasi.

Atas kebergantungan ini, media dilihat sebagai penyalur maklumat utama kepada masyarakat secara pantas dan telus. Media bukan saja berperanan menyampaikan maklumat dalam ruang lingkup semasa malah juga memainkan peranan penting dalam memberitahu, mendidik dan memotivasikan masyarakat terhadap pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan.

Namun, ketelusan media dalam memaparkan dan menyampaikan maklumat dan informasi mula dipersoalkan oleh masyarakat pada hari ini. Situasi ini berlaku apabila masyarakat melihat media seakan dijadikan alat dan senjata utama kepada sesetengah pihak terutamanya parti-parti politik dalam menyebarkan agenda-agenda mereka tanpa mengambil kira ketulenan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak media.

Tidak terkecuali, media juga dijadikan sebagai wadah yang berkesan dalam memastikan kepentingan sesetengah pihak terjaga. Justeru, persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak terutamanya pihak media adalah sejauh mana ketelusan media menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat itu dipikul.

2.1.1 Kebaikan Dan Keburukan Kebebasan Bersuara
Di Malaysia, idea a tau pemikiran mengenai nilai-nilai Asia ini dipelopori oleh Dr. Mahathir Mohamad (1996; 1999). Dr. Mahathir menghujahkan perlunya had terhadap kebebasan bersuara demi matlamat mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Malaysia.

ciri-ciri penduduk Malaysia yang pelbagai kaum telah menyebabkan sukarnya kebebasan bersuara diamalkan kerana adanya kecenderungan berlaku perselisihan antara kaum itu sekiranya hak kebebasan telah disalahgunakan dengan mengugut atau
menghina kaum-kaum yang lain secara terbuka. Di atas rasional hujahan tadi, hak kebebasan individu melalui kebebasan bersuara dibatasi oleh pihak pemerintah melalui akta-akta ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, dan AUKU terutama melalui isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan ras atau kaum.

Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketegangan kaum. Secara luarannya, Malaysia masih mengamalkan struktur perlembagaan demokrasi dan pemerintahan yang bercorak demokrasi berparlimen. Namun beberapa proses terpenting demokrasi seperti pemerintahan berasaskan undang-undang, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, dan keadilan sosial telah dibatasi oleh pihak pemerintah demi menjaga kestabilan politik Malaysia. Namun begitu, bagi beliau hak-hak tadi haruslah ada kawalan kerana di Malaysia terdapatnya masyarakat majmuk yang sensitif pada beberapa perkara.

Kalau dibiarkan isu-isu agama, hak istimewa orang Melayu dan sebagainya dibicarakan dalam perhimpunan ramai secara terbuka seperti dalam kempen pilihan raya, maka hak ini mungkin akan mengancam keselamatan negara. Inilah juga yang menyebabkan wujudnya akta-akta seperti Akta Hasutan.

Jika diteliti, hak istimewa orang Melayu berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah bercanggah dengan Artikel1, 2, dan 7 Deklarasi Sejagat yang menuntut kepada kesamarataan daripada segi hak, politik dan undang-undang tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan fahaman politik.

Dalam hal ini memperlihatkan had atau batasan kebebasan bersuara perlu dikawal bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk sehingga boleh merosakkan kestabilan negara dan menjurus kepada masalah pergaduhan antara kaum. Jadi perlu ada kawalan pada pihak kerajaan dalam mengehadkan kebebasan bersuara demi kepentingan umum supaya tidak disalahgunakan.



Dalam kehangatan untuk mencabar segala undang-undang yang ada di negara, ada di antara segelintir dari yang berada di alam maya yang telah hilang arah dan menggunakan ayat 'kebebasan bersuara' untuk Fitnah berleluasa merata dan dengan tidak bertanggungjawab di alam maya sampai menjatuhkan maruah dan 'integriti' sesiapa yang di fitnah itu. Adakah menipu duduk dalam istilah Fitnah ? Adakah mengaibkan seseorang duduk dalam istilah Fitnah ? Adakah kerana diri takut di cabar dan di sabit di bawah undang-undang sedia ada sampai ke hulu ke hilir semua orang patut di heret masuk bersama dengan yang Fitnah ? Adakah Fitnah ini sudah makan ke dalam iman dengan butakan dan pekak kan hati untuk tidak bertanggungjawab atas apa yang di lakukan ?

Di zaman era teknologi terkini hari ini, siapa pun boleh buka Blog, site atau portal dan tulis apa sahaja yang dia suka. Tidak ada guru dengan rotan duduk di belakang anda untuk membendung benda yang salah daripada jadi di depan guru. Dengan teknologi terkini, siapa pun boleh buka satu site kurang daripada lima minit dan mula menulis dengan Kebebasan Bersuara meluahkan perasaan nya kepada sesiapa yang mampu baca. Gerakan Reformasi pada awal 20'an telah mulanya berpuluh Blog daripada Pembangkang untuk menyokong kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara dan hukuman Sodomy pertamanya. Kalau kita menilai setiap satu daripada blog awal, berapa banyak menulis dengan idea Kebebasan Bersuara dan berapa pula yang menulis hari dengan tujuan Fitnah Kerajaan dan pemimpin sedia ada ?

Hari ini pula bukan lagi berpuluh, tetapi beratus Blog, Site atau Portal yang berada di alam maya, setiap satu dengan agenda sendiri, di sentuh dengan pelbagai penghayatan penulisan dan semua kononnya menggunakan Kebebasan Bersuara untuk mencabar atau mempertahankan Kerajaan / Pembangkang. Lebih daripada setengah menggunakan gambar dan video lucah untuk menaikkan 'ranking' mereka kononnya mereka paling banyak di baca di negara, tetapi kenyataannya adalah setiap orang yang type perkara yang tidak senonoh di dalam Google akan dapat dalam page pertama semua Blog yang menggambarkan benda lucah dan bukan hasil kerja mereka yang melaungkan Kebebasan Bersuara untuk mendekati rakyat yang di cintai untuk memberi gambaran apa yang sedang jadi di negara daripada alam maya. Adakah ini Kebebasan Bersuara atau Fitnah ? Fitnah kerana mengaibkan mereka yang bergambar lucah dalam site mereka ?

Pihak berkuasa tidak berkuasa untuk menahan mereka daripada dua belah kerana masih tidak ada undang-undang yang begitu sempurna yang dapat sabit siapa yang Fitnah di alam maya. Ini kerana pihak berkuasa tidak dapat bezakan di antara Kebebasan Bersuara dan Fitnah. Keadaan ini boleh mengundang permasalahan tanpa ada kesudahannya seterusnya boleh merosakkan keamanan negara.

2.1 KETELUSAN DAN APLIKASI KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA
Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru. Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk sistem politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan sistem demokrasi.

Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang demokratik yang berperlembagaan dan berdaulat, mendukung keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. Walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.

Terdapat pelbagai faktor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan semi-demokrasi. Di antara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia secara tidak langsung juga tidak menghormati hak asasi rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya ialah berkaitan dengan perkara 10 iaitu kebebasan bersuara.

Kebebasan, sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minoriti. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majoriti yang menguasai kerajaan mendenda golongan minoriti dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minoriti.

Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dengan mengarahkan pihak polis menyuraikannya. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat. Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti baru-baru ini di mana pada 10 September 2011 gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihan raya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihan raya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.

Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlangsung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut. Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.

Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin di dalam Perkara10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang di canang oleh pihak pemimpin.

individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada. Namun di Malaysia, kebebasan media massa ada kongkongan ia itu tiada kebebasan mutlak. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopoli media di sini bererti, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah negara demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya juga menampakkan juga pencabulan hak-hak asasi. Dalam melaksanakan pilihan raya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada pilihan raya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah satu badan yang bebas dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihan raya 2004 di mana terlalu banyak kepincangan yang berlaku di antaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihan raya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR.

Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihan raya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihan raya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.

Begitu juga hal nya dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli langsung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya.

Selanjutnya dalam sistem kehakiman pula kita dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan bualan orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata. Institusi ini yang sepatutnya melindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya menyebelahi dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang gelisah akan kehilangan kuasa.

3.1.1 Kebaikan Dan Keburukan Kebebasan Bersuara
Salah satu tujuan utama demokrasi ialah untuk menegakkan ‘keadilan’. Walau bagaimanapun, oleh kerana dalam demokrasi perwakilan golongan majoriti yang berkuasa maka ada bahayanya. Kemungkinan hanya kepentingan majoriti yang diutamakan. Untuk menghindarkan keadaan yang mana kepentingan golongan minoriti diabaikan atau peraturan-peraturan untuk melindungi kepentingan atau memberi keistimewaan kepada golongan minoriti itu. Selain itu, golongan minoriti tersebut mungkin juga diberikan tempat untuk mempunyai wakil yang boleh menyuarakan hak serta kepentingan mereka melalui parlimen atau institusi pemerintahan lain.


Semua ini tidak dianggap menjejaskan sistem demokrasi itu, bahkan boleh menjadikannya lebih adil dan kuat. Mengikut pendapat beliau, jika demokrasi bermakna pemerintahan oleh majoriti, maka orang Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia boleh menggunakan sentimen perkauman bagi mendirikan pemerintahan Melayu sahaja dengan menindas kaum-kaum lain, menukarkan sempadan pilihan raya dan mengambil semua kekayaan negara. Akan tetapi, masyarakat Melayu memilih untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain dan tidak mengetepikan hak minoriti sebagai mengutamakan keadilan untuk semua. Sistem politik menjadi lebih stabil dan sistem demokrasi termasuklah pilihan raya dapat diamalkan secara berterusan (Abdul Hadi, 2010).

Kerajaan yang sedemikian ini telah mewujudkan satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Namun begitu, perjalanan demokrasi berparlimen ini agak. lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat daripada setiap lapisan masyarakat. Sesebuah kerajaan demokrasi berparlimen cenderung untuk membuat keputusan yang popular daripada keputusan yang tepat kerana ia terpaksa memikirkan tentang pilihan raya yang akan datang.

Praktik politik di Malaysia dan hak asasi manusia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan mempunyai kaitan antara satu sama lain kerana amalan politik di Malaysia memerlukan keabsahan oleh peruntukan hak asasi manusia dan dalam masa yang sama peruntukan hak asasi manusia ini memberikan keabsahan terhadap amalan politik agar ia tidak menyalahi undang-undang. Dalam amalan demokrasi terdapat pelbagai aktor politik contohnya ahli politik, parti politik, badan bukan kerajaan, kumpulan berkepentingan, kumpulan pendesak, media massa dan orang awam. Aktor-aktor ini mengabsahkan kewujudannya dan mendapat autoriti untuk bertindak melalui peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini amat mustahak demi menjamin kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Terdapat tiga keadaan praktik politik yang dikemukakan sebagai paling kerap dijadikan budaya politik tidak kira daripada parti pemerintah, pembangkang mahupun masyarakat sivil. Pertama, hak asasi sering dipertikaikan dan disekat dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang sekatan lain demi memelihara dan mengekalkan kuasa pemerintahan. Kedua, isu sekatan hak asasi manusia dijadikan oleh pihak pembangkang sebagai modal untuk meraih simpati dan sokongan politik. Ketiga, wujud masyarakat sivil dalam bentuk kumpulan berkepentingan dan kumpulan pendesak yang mendasarkan kewujudan mereka atas nama hak asasi manusia. Ketiga-tiga praktik politik ini memperlihatkan sejauh mana hak asasi manusia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan telah dipertahankan di Malaysia (Abdul Hadi, 2010).

Dari segi keburukan amalan hak asasi di Malaysia memperlihatkan sekatan hak asasi sebagai alat pengekalan kuasa dan dominasi kerajaan. Bagi ahli falsafah politik Niccolo Machiavelli, keutamaan bagi pemerintah bukan untuk berkelakuan baik tetapi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai penguasa. Prinsip ini dapat dilihat dalam amalan politik di Malaysia. Kerajaan sering menyekat kebebasan asasi mana-mana sahaja pihak yang dilihat memberi ancaman kepada kepentingan politik mereka. Dua contoh peristiwa yang dikemukakan di dalam bahagian ini ialah Mogok Utusan 1961 dan Operasi Lalang 1987. Sekatan kebebasan asasi dalam peristiwa ini ialah kebebasan akhbar. Kebebasan akhbar dijamin oleh Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Isu ini berpunca daripada Dasar Empat Perkara oleh Lembaga Pengarah pada tahun 1959. Pertama, Utusan Melayu akan memberi sokongan kepada parti pemerintah kerana ia akan menguntungkan perniagaan. Kedua, Utusan Melayu akan menyiarkan berita yang benar tetapi membataskan kepala berita kepada parti pembangkang. Ketiga, Utusan Melayu akan memberi keutamaan jumlah berita kepada menteri-menteri Perikatan. Keempat, Utusan Melayu akan mengkritik secara membina apabila keputusan buruk telah dibuat oleh parti pemerintah. Isu ini bertambah serius apabila Tan Sri Ibrahim Fikri Bin Mohamad iaitu mantan Ketua Penerangan UMNO dan ahli Majlis Tertinggi dilantik sebagai pengarah urusan dan ketua pengarang bagi Syarikat Utusan.

Peristiwa mogok berlangsung selama 93 hari, bermula pada 21 Julai 1961 sehingga 21 Oktober 1961 di bangunan Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Ia bertujuan menentang Dasar Empat Perkara dan membidas tindakan pemindahan pengarang Utusan Melayu, Said Zahari. Sepanjang peristiwa ini, terdapat dua peruntukan Kebebasan Asasi yang telah disekat. Pertama, Perkara 9. Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak kerana Pengarang Utusan, Said Zahari telah dipindahkan ke Singapura kerana ia didakwa sebagai batu penghalang pelaksanaan Dasar Empat jika berkhidmat di pejabat Utusan di Kuala Lumpur. Selepas itu, Tunku Abdul Rahman telah menghalang Said Zahari daripada memasuki Malaysia akibat keadaan politik yang terus mendesak kepentingan kerajaan selain kritikan-kritikan Utusan Melayu terhadap kepimpinan Tunku. Hal ini jelas bertentangan dengan kebebasan warganegara daripada dibuang negeri tetapi ia dirasionalkan atas dasar kestabilan dan ketenteraman awam.

Kedua, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Wartawan dan editor Utusan tidak lagi mempunyai kebebasan untuk menentukan rencana dan berita jika ia menggugat kepentingan kerajaan dan menteri-menteri dalam Perikatan. Hal ini jelas bertentangan dengan Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Kebebasan akhbar nyata telah disekat oleh parti pemerintah dan akhbar itu sendiri telah dijadikan kerajaan sebagai alat hegemoni parti pemerintah sehingga ke hari ini. Realitinya, Syarikat Utusan telah berjaya menjaga kepentingan perniagaan mereka dengan memberi keutamaan kepada kerajaan manakala kerajaan telah mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut kerana akhbar Utusan Melayu dijadikan sebagai saluran rasmi lidah pemerintah. Walaubagaimanapun, massa telah dinafikan hak untuk mendapat maklumat dan berita yang telus, tidak bias dan lebih kredibiliti.

Operasi Lalang 1987, Pada tahun 1987, krisis ekonomi dan konflik perebutan jawatan dalam UMNO antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah telah menghangatkan suasana politik. Selain itu, ketegangan etnik juga telah ditimbulkan pemimpin-pemimpin di peringkat nasional. Antara isunya ialah penggunaan bahasa Mandarin dalam majlis rasmi, papan tanda dan iklan serta peraturan wajib kepada pemakaian songkok dan tudung pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Oleh itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) telah digunakan untuk menahan 106 orang daripada pelbagai cabang politik dan sosial sebagai langkah drastik untuk menenteramkan suasana politik Malaysia waktu itu (Abdul Hadi, 2010).

4.1 RUMUSAN
Berdasarkan kepada perbincangan mengenai kebebasan bersuara dan hak asasi manusia di Malaysia telah memperlihatkan satu bentuk yang mana konsep-konsep yang dibincangkan mengenainya masih menjadi kawalan atau mempunyai had. Jika dilihat keperluan pihak pemerintah dalam mengawalnya atas dasar kepentingan umum bagi mengelakkan masalah seperti pergaduhan kaum, agama atau perkara-perkara lain yang membangkitkan masalah sehingga mengganggu ketenteraman awam. Apa yang pasti kebebasan bersuara dan asasi merupakan satu keperluan awam yang perlu diberikan kepada masyarakat kini, atas dasar masyarakat kini lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima sesuatu perkara dengan berfikir dengan lebih mendalam. Tapi dari satu segi tidak semua masyarakat mampu menerima sesuatu perkara itu secara terbuka atas dasar kebebasan, seperti perkara berkaitan agama, bangsa dan adat. Keadaan ini sebaliknya boleh menimbulkan masalah yang besar, apa yang pasti ketelusan bersuara dan kebebasan asasi di Malaysia masih lagi dalam bentuk kawalan kerajaan dan tidak bebas sepenuhnya. Mungkin sudah sampai masa ketelusan kerajaan dalam memberikan kebebasan kepada perkara-perkara tertentu perlu dinilai kembali. Seperti kebebasan akhbar, perundangan atas dasar rakyat kini sudah mampu menilai perkara-perkara berkenaan dengan matang. Sebaliknya perkara-perkara yang melibatkan agama, budaya dan bahasa masih perlu dipertahankan atau dikawal supaya menjaga keharmonian supaya wujud dasar hormat-menghormati dan menjadi batasan dalam membicarakannya secara terbuka bagi mengelakkan salah faham sesama masyarakat.

















Rujukan
Azman Hamzah. (2010). Hak Asasi Manusia; Imbangan Antara Hak Ramai Dan Hak Individu. Atas talian 13 Februari 2010, http://www.squidoo.com/hakasasimanusia
WIKIPEDIA. (T.T). Kebebasan bersuara. Atas talian 13 Februari 2010, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_bersuara.
Kwek Kon-Yao. (2010). Ciri-ciri kebebasan bersuara. Atas talian 13 Februari 2012, dari http://akademimerdeka.org/2010/12/22/ciri-ciri-kebebasan-bersuara/.
WIKIPEDIA. (2012). Hak asasi manusia. Atas talian 13 Februari 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia
Kevin Tan Yew Lee , Yeo Tiong Ming & Lee Kiat Seng. (1991). Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Malayan Law Journal, ms 420.
Rusdi Omar, Mohd Azizuddin Mohd Sani & Teoh Ai Hua. (2005). Pandangan Gol0ngan Dewasa Negeri Kedah Terhadap Hak Kebebasan Bersuara. Atas talian 13 Februari 2012, dari http:// www. psb1 .uum .edu .my/lp Bin21/ emaj .dll /Infobase 4/%40o%40/e2?f=templates&fn=document-rame.htm&ct=application%2Fpdf&2.0
Jebat. (2010). Kebebasan Media Cerminan Demokrasi Negara. Atas talian 13 Februari 2012, dari http://www .psb1.uum .edu.my/lpBin 21/emaj. dll/Infobase 4/%40o %40/e2?f=templates&fn=document-frame.htm&ct=application%2Fpdf&2.0
Miller, Carroll H. (1985). Title Guidance services. Imprint New York: Harper & Row
Milne R.S & Mauzy D.K., (1992). Politik dan Kerajaan. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur
Milne, R. S.; Mauzy, Diane K. (1999). Malaysian Politics under Mahathir. Kuala Lumpur: Routledge.
Abdul Hadi Abdul Muti. (2010). Huraikan Peruntukan Penting Hak Asasi Manusia. Sejauh Manakah Ia Dipertahankan Dalam Praktik Politik Di Malaysia. Atas talian 13 Februari 2011, dari http://notapolitik.blogspot.com/2010/09/huraikan-peruntukan-penting-hak-asasi.html.