Jumaat, 6 April 2012

TAJUK:

 HEGEMONI DAN KONTRA HEGEMONI: MEMAHAMI PERUBAHAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12



NAMA PENULIS:

 MUHAMMAD NADZRI MOHAMED NOOR & GHAZALI MAYUDIN



NAMA JURNAL: JEBAT

Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 35  (July and December 2008): 33 - 48

@ School of History, Politics & Strategic Studies, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper)



ABSTRAK

 Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 memang tidak diduga, mengejutkan semua pihak dan menghasilkan beberapa perkara yang pertama dalam politik Malaysia. Buat pertama kalinya semenjak ditubuhkan, Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Bagi Selangor, Perak dan Kedah inilah kali pertama kerajaan negeri jatuh ke tangan parti pembangkang. Ini menjadikan lima buah negeri, termasuk Pulau Pinang dan Kelantan yang dikuasai parti pembangkang selepas PRU ke-12. Buat pertama kalinya juga dalam banyak kawasan, pengundian tidak lagi berdasarkan kaum atau agama tetapi parti yang diwakili calon, sama ada parti pembangkang atau parti pemerintah. Kekalahan teruk BN seakan membenarkan andaian bahawa ramai pengundi yang keluar mengundi dengan tujuan untuk mengundi parti selain BN, tanpa mengambil kira parti yang lain itu. Dengan itu berlakulah pola pengundian yang calon Melayu mendapat sokongan kuat pengundi Cina dan India dan sebaliknya. Pengundi atau masyarakat Malaysia pada kali ini mula memperlihatkan kekuasaan mereka sebagai ‘kerajaan oleh rakyat’ dalam konteks sistem demokrasi. Fenomena ini dirujuk oleh kebanyakan media utama dan masyarakat Malaysia sebagai ‘tsunami politik’.



PENGENALAN DAN SOROTAN LITERATUR

Pilihanraya ke 12 yang lalu menampakkan perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia. Juga pada masa yang sama menunjukkan rakyat mempunyai kuasa menentukan kemahuan mereka dalam membentuk kerajaan yang mereka sukai. Dalam jurnal ini juga jelas menunjukkan sistem politik demokrasi di Malaysia menunjukkan perubahan dalam menentukan kemahuan rakyat. Ini membolehkan kerajaan memerintah selama 50 tahun mula mencari kehendak dan kemahuan rakyat berdasarkan kekurangan dan kelemahan mereka. Pilihanraya ke 12 menunjukkan satu kejutan yang dikatakan Hegemoni dan kontra Hegemoni di mana rakyat mahukan sesuatu perubahan dalam sistem pemerintahan



Asas kepada perubahan politik dalam jurnal ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Dominasi secara paksaan/kekerasan dan kepimpinan secara intelektual dan moral dalam menentukan kekuasaan politik dan pemerintahan. Dengan pelbagai teori yang dikemukakan menggambarkan Hegemoni tersebut telah wujud dalam pemerintahan kita selepas kemerdekaan. Ringkasnya Hegemoni ditaksir sebagai kaedah pendominasian kelas dominan (termasuk golongan pemerintah) ke atas massa daripada sudut minda dan fizikal dalam usaha untuk mendapat kepatuhan dan sokongan rakyat. Kaedah ini dijalankan menggunakan gabungan apparatus hegemoni yang berbentuk halus dan keras bagi menjana kerelaan dan keterpaksaan agar massa bertindak mengikut corak yang diinginkan oleh pemerintah. Ulasan saya perkara ini memang benar-benar berlaku di Malaysia dalam menentukan dominasi parti pemerintah yang media utama keseluruhannya dikawal oleh pemerintah dan kecuali saluran media yang melibatkan internet terutamanya blog-blog yang lantang menunjukkan ketidakpuasan mereka kepada pemerintah.



Saluran media utama yang dikawal sepenuhnya oleh pemerintah menyebabkan rakyat disogok oleh berita yang berat sebelah. Berbanding berita parti lawan melalui blog yang menjelaskan sebaliknya. Keadaan menyebabkan pihak pembangkang mula menggunakan saluran internet untuk mendapatkan sokongan dan mendedahkan kelemahan dalam jentera kerajaan. Keadaan ini mula mendapat sokongan rakyat.



OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini untuk melihat permasalahan yang perlu diberi perhatian oleh pemerintah. Rakyat masa kita tidak mudah untuk menerima sogokan daripada saluran media perdana seperti TVI, TV2, TV3 dan saluran radio yang dikuasai oleh pemerintah. Dengan adanya internet yang mempunyai pilihan melalui blog-blog pembangkang yang tidak dikawal oleh kerajaan untuk mendapat berita yang sebenar mengenai masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial yang sebenarnya berlaku. Melaluinya rakyat dapat membuat perbandingan mengenai permasalahan sebenar.



Melalui kajian ini juga penulis ingin melihat kehendak dan kuasa rakyat dalam menentukan sesebuah pemerintahan yang mereka inginkan dengan amalan demokrasi di Malaysia. Dengan melakukan perubahan-perubahan terhadap kerajaan yang perlu diikuti jika inginkan pemerintahan itu kekal.



Begitu juga dalam memahami tingkah laku masyarakat adalah satu warisan secara semulajadi atau sebaliknya telah menunjukkan pola perubahan dalam pemikiran rakyat. Rakyat sekarang mula menjadi ilmu budaya dan sejarah sebagai satu perkara penting dalam memahami pemerintahan. Sama ada sesuatu perkara itu telah diatur atau tidak, budaya pemikiran rakyat telah mula merubah dengan penerimaan mereka dalam menerima dan mempelajari ilmu. Umpamanya penggunaan istilah ‘hamba’ yang merujuk kepada diri sendiri pada zaman pemerintahan tradisional yang tidak lagi digunakan dalam masyarakat Melayu hari ini. Ini menunjukkan rakyat sudah boleh berfikir tentang apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dan mereka tidak terikut dengan kehendak tradisional yang sudah tidak sesuai dengan kehendak zaman sekarang.



Justeru rangka konsep di atas boleh berubah, diubahsuai dan dihapuskan oleh golongan dominan. Justeru itu saya berpendapat keadaan ini sudah berubah dalam dunia politik kini. Rakyat mula memahami tugas mereka dan menilai baik dan buruk. Mereka mampu merubah melalui pengetahuan yang ada dengan menilai  sesuatu parti pemerintah dan tidak terikut dengan sejarah lampau. Saya bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh penulis bahawa masyarakat kini lebih memahami kehendak mereka dan apa yang sepatutnya dibuat oleh pemerintah.



METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian ini mengambil kira beberapa pendekatan yang diambil oleh pengkaji untuk menilai kehendak dan kemahuan rakyat dalam sistem pemerintahan. Pengkaji telah meletakkan Hegemoni Dalam Konstruksi Budaya Politik kini kepada beberapa pendekatan untuk dinilai kehendak dan keperluannya, iaitu Landasan Teoritikal Hegemoni yang dilihat keperluan dalam menentukan kuasa sama pendekatan secara lembut atau paksaan.



Konstruksi Sosial yang melihat amalan tingkah laku masyarakat sama ada mewarisi tingkah laku warisan atau berubah mengikut semasa. Konstruksi Neofeudalisme dalam Budaya Politik Pasca kemerdekaan, warisan pemerintahan British dalam pemerintahan kini, sama ada semua atau masih lagi memenuhi kehendak rakyat. Dominasi Superstruktur Bahagian substruktur (ekonomi dan kelas sosial) adalah asas yang menentukan bentuk superstruktur sesebuah masyarakat. Bahagian superstruktur terdiri daripada institusi bukan material dalam masyarakat dan setiap satunya disusun berdasarkan kesesuaian dengan kelas pemerintah. Fungsi superstruktur adalah untuk menjamin penerusan dominasi pemerintah dan mengekalkan kedudukan massa sebagai subjek.





Namun pengalaman kontemporari politik Malaysia kini mula melakarkan praktik yang merupakan kebalikan daripada apa yang cuba untuk dikontruksikan oleh parti pemerintah, iaitu politik baru yang menekankan isu-isu kesejagatan, merentasi garisan etnik dan kelas dan penggunaan media baru. Perubahan yang berlaku dalam PRU ke-12 akan dilihat dalam konteks kegoyahan yang berlaku dalam superstruktur dan substruktur.



Masalah ekonomi yang dihadapi rakyat selepas PRU ke-11 2004 dan berleluasanya penggunaan dan pengaruh media baru yang telah memberi kesan kepada kedua-dua struktur berkenaan sehingga hegemoni yang wujud selama ini mula dicabar dan ditolak. Berasaskan sistem quasi kapitalisme yang didokong oleh Malaysia, maka wujud dua perkara asas yang memberi impak kepada masyarakat. Pertama, pengaruh ekonomi dalam memotivasikan tindakan masyarakat adalah sukar untuk dielakkan kerana keberlangsungan kehidupan mereka bergantung kepada keadaan ekonomi. Kedua, oleh kerana campur tangan kerajaan dalam sistem seumpama ini adalah tinggi, maka jika berlaku masalah ekonomi yang mendesak keberlangsungan hidup mereka, kebergantungan dan pengharapan massa yang tinggi kepada kerajaan tidak dapat dielakkan.



Pada ketika ini mereka cenderung memerhatikan apakah tindakan dan keputusan kerajaan untuk memperbaiki atau menyelesaikan keadaan tersebut. Melalui pembahagian ini satu pungutan oleh Merdeka Centre telah dilakukan untuk mengetahui kehendak dan keperluan rakyat dalam mempengaruhi pemikiran politik mereka.

masyarakat Malaysia meletakkan masalah ekonomi sebagai masalah utama negara berbanding dengan masalah lain. 24% masyarakat Malaysia yang berpendapat ekonomi adalah masalah utama negara dan rakyat melibatkan kenaikan harga barang serta inflasi (20%), pengangguran (3%) dan masalah ekonomi yang lain (1%).



Masalah ini adalah lebih tinggi berbanding dengan masalah perkauman dan ketidaksamarataan (17%) dan jauh lebih tinggi masalah lain umpamanya jenayah/keselamatan awam (12%), masalah sosial (9%), rasuah (3%) dan politik (3%). Kajian juga memperlihatkan 70% daripada responden dalam kajian ini kurang berpuas hati dengan cara kerajaan menangani masalah ekonomi.



DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Selepas PRU ke-12 telah memperlihatkan kematangan rakyat dalam memastikan kekuasaan dan kehendak mereka diikuti oleh pemerintah. Walaupun sogokan yang diutarakan dalam media pemerintah tidak lagi mempengaruhi pemikiran rakyat yang boleh mendapatkan maklumat yang betul dari media lain seperti internet untuk dibuat perbandingan.



Pada masa yang sama rakyat tidak lagi terikut dengan sistem warisan tradisional dalam menyokong sesuatu perkara di mana mereka boleh membuat penilaian berdasarkan fakta yang benar. Kesimpulannya, perlu ada perubahan dalam  parti pemerintah dengan kehendak rakyat yang sudah pandai menilai dan mahu kehendak mereka dilayan dan difahami tanpa menafikan hak mereka. Perubahan dalam daya pemikiran dan kehendak rakyat dalam hal ini perlu diutamakan, tanpa disogok oleh media massa yang dikawal pemerintah. Keadaan ini penting dalam memastikan kelangsungan pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia.
PERBELANJAAN AWAM: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGURANGAN SUBSIDI KEPADA RAKYAT MALAYSIA



OLEH:NORSHAHRUL MARZUKI B. MOHD NOR



1.1       PENGENALAN

Ia adalah bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi memastikan harga bagi beberapa barangan dan perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan. Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), mengumumkan bahawa kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah negara akan muflis/bankrap dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara tidak dikurangkan. Beliau juga membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi. Subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

 Sebenarnya Malaysia adalah negara yang paling tinggi subsidi di dunia, subsidi berjumlah RM74 bilion tahun lalu memanglah besar. Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.







1.2       KEPERLUAN MENGURANGKAN SUBSIDI NEGARA

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan. Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.



Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013 (Siti, 2011).



Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan “memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber yang optimum,” Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini. Ini adalah langkah bersama yang diputuskan kerajaan dan rakyat  langkah ini dipersetujui Kabinet sebulat suara, tetapi ia tidak dilakukan kerajaan secara bersendirian. Melalui proses Makmal dan Hari Terbuka, ribuan rakyat Malaysia memberikan input terhadap keputusan ini, selepas mereka mengikuti lain-lain inisiatif, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan sekarang Bidang Keberhasilan Utama yang mana makmal sedang berlangsung (1Klik, 2010).



2.1       PERMASALAHAN KAJIAN

Kebaikan Subsidi Dalam Memajukan Ekonomi Negara

Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.



Kesan Negatif Penarikan Subsidi Dalam Ekonomi Negara

Golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan. Jika subsidi baja dan subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Golongan berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan.



Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering). Api inflasi akan menyemarakkan.  Jika di luar kawalan, ekonomi Negara juga akan lumpuh.



2.2       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini untuk memperlihatkan keperluan sistem subsidi kepada rakyat negara dan kesan yang akan mempengaruhinya. Apa yang pasti melalui subsidi ini akan wujud kesan baik dan buruk yang perlu diberi perhatian khusus supaya ia tidak mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara. Antara objektif kajian ini ialah:



  1. Melihat keperluan subsidi ini kepada pembangunan negara.
  2. Pengurangan subsidi sektor mana yang perlu diberi perhatian utama.
  3. Apakah masalah ekonomi negara yang menyebabkan perlunya pengurangan subsidi ini.



3.1       SOROTAN LAMPAU

Ashauer (1989), Easterly dan Rebelo (1993), Baxter dan King (1993) serta Bose, Haque dan Osborn (2007) yang mengesahkan bahawa peruntukan perbelanjaan atau pelaburan kerajaan ke atas infrastruktur akan menambahkan pembentukan modal awam yang mampu mempengaruhi produktiviti faktor dan output sektor swasta. Lanjutan kepada kajian-kajian tersebut, Shelton (2007) serta Folster dan Henrekson (2001) juga mendapati bahawa Walaupun keluaran negara meningkat, namun akibat daripada komposisi golongan tua dalam masyarakat juga bertambah, maka berlaku peningkatan perbelanjaan awam bagi golongan ini terutama sekali belanja sekuriti sosial. Easterly dan Levine (1997) pula membuktikan wujud korelasi negatif antara pecahan etnik di Afrika dengan penentuan perbelanjaan awam disebabkan tiada kata sepakat yang dicapai akibat daripada set cita rasa dan keutamaan yang berbeza antara

etnik. Walaupun begitu, mengikut Al-Faris (2002), keputusan ujian sebab-penyebab mengikut versi Granger bagi kebanyakan negara lebih menerima Hukum Wagner memandangkan nisbah yang tinggi diperuntukkan ke atas perbelanjaan awam yang dianggap kurang produktif seperti pertahanan dan subsidi.



Kadar inflasi Malaysia pada tahun 2010 berada pada kadar 2.2%, berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Data ini yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisis mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.



Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi. Dalam hal ini kadar inflasi di Malaysia dijangka berada pada kadar 2.5% hingga 3% peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa (Siti Rizadiana, 2011).



Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.



Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini (Siti Rizadiana, 2011). Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan. Ini menunjukkan kecenderungan kerajaan melaksanakan belanjawan berhemat dengan menetapkan peruntukan belanja pembangunan terlebih dahulu dan diikuti pengagihan belanja mengurus. Langkah ini juga dilihat mampu menjimatkan jumlah belanja mengurus semasa memandangkan jumlah belanja mengurus akan hanya diketahui setelah projek pembangunan dirancang dengan lebih teliti terutama sekali daripada aspek peruntukan kos dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga semasa.



3.2       HIPOTESIS KAJIAN

Kerajaan telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion pada tahun 2011. Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan harga barangan keperluan asas. Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan rendah. Rasional pengurangan bajet subsidi bagi keperluan berikut adalah:

1. Apakah benar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk subsidi?

2. Adakah benar dakwaan harga barang kian naik kerana kerajaan tidak cekap?

3. Apakah impak pendekatan pemberian subsidi kepada pertumbuhan ekonomi negara?

4.1       METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengkaji keperluan atau perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan untuk subsidi. Kajian akan menilai perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula dari tahun 2004 hingga tahun 2010 dan rasional perlunya ada pengurangan subsidi kerajaan terhadap perkara-perkara tertentu berdasarkan persekitaran semasa yang kita ketahui permasalahannya. Perbandingan peratusan tersebut juga melihat kemampuan ekonomi negara mengapa perlunya ada pengurangan subsidi terhadap barangan tersebut. Perbandingan tersebut juga melihat jumlah pendapatan negara secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus dan jumlah perbelanjaan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung kos-kos tertentu dalam subsidi. Selain itu menilai keperluan rakyat yang terpaksa ditanggung akibat dari pengurangan subsidi kerajaan, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Jadual 1: Pendapatan Kerajaan dari 2009 - 2011










Rujukan

Siti Rizadiana Rahmat. (2011). Kadar Inflasi Di Malaysia Membimbangkan. Atas talian 20 Februari 2012, dari http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/586-kadar-inflasi-di-malaysia-membimbang.

1Klik. (2010). Program Rasionalisasi Subsidi. Atas talian 20 Februari 2012, dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi /7088-program-rasionalisasi-subsidi.html

Ashauer, D. (1989). Is public expenditure productive? Journal of Monetary Economics 23:177-200.

Barro, R.J. (1981). Output effects of government purchases. Journal of Political Economy 89: 1086-1121.

Al-Faris, A.F. (2002). Public expenditure and economic growth in the Gulf Cooperation

Council Countries. Applied Economics 34: 1187-1193.

Baxter, M., & King, R. (1993). Fiscal policy in general equilibrium. American Economic Review 83: 315-334

Easterly, W, & Rebelo, S. (1993). Fiscal policy and economic growth: An empirical

investigation. Journal of Monetary Economics 32: 417-458.

Siti Rizadiana Rahmat. (2011). Kadar Inflasi Di Malaysia Membimbangkan. Dilayari pada 29 Februari 2012, dari http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/586-kadar-inflasi-di-malaysia-membimbang
SEJAUMANAKAH KETELUSAN DAN KEBEBSAN SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA. PERBINCANGAN PERLU MENYENTUH BEBERAPA ISU TERKINI YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA MALAYSIA.

 OLEH: NORSHAHRUL MARZUKI B. MOHD NOR

1.0       PENGENALAN

Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia terletak dalam Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa. Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menyediakan satu peruntukan yang besar mengenainya. Peruntukan ini terkandung dalam Bab 9, Perkara 121- 131A. Dalam usaha melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan. Mahkamah di negara ini mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana:

  1. ia mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara;
  2. ia mempunyai kuasa mentafsir sesuatu undang-undang;
  3. ia mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri; dan
  4. ia mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-undang.







2.0       KEBEBASAN DAN KETELUSAN BADAN KEHAKIMAN

Ciri penting yang lain bagi badan kehakiman, selain daripada tidak memihak, ialah bebas, iaitu bebas daripada kawalan sama ada kawalan oleh dua cabang kerajaan atau daripada sesiapa pun. Perlembagaan menjamin kebebasan ini dengan memperuntukkan :



(a) seseorang hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi memegang jawatannya bukan atas kesukaan Yang di-Pertuan Agong, seperti pegawai perkhidmatan awam. Seseorang hakim apabila telah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum mencapai umur bersara (65 tahun), kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik ataupun kerana tidak berupaya, disebabkan tubuh atau otaknya kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik ataupun kerana tidak berupaya, disebabkan tubuh atau otaknya telah uzur atau sebab-sebab lain bagi menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya, maka barulah dia boleh dipecat dengan syor sebuah tribunal (atas nasihat Perdana Menteri) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal ini terdiri daripada lima atau lebih daripada lima orang hakim yang sedang memegang jawatan dan atau hakim yang telah bersara dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwe (Nazaruddin, et al., 2004);



(b) Saraan hakim mestilah diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar daripada Kumpulan W ang Disatukan, yang bererti apabila saraan tersebut telah ditetapkan oleh Akta, ia tidak lagi tertakluk kepada perbahasan tahunan dan kelulusan Parlimen. Oleh yang demikian, saraan itu secara automatik dibayar;

(c) Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain (termasuk hak pencen) tidak boleh diubah untuk merugikannya selepas beliau dilantik;



(d) Tidak seperti anggota perkhidmatan awam yang hanya layak menerima pencen, hakim berhak menerimanya; dan



(e) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Parlimen, kecuali atas usul yang tersendiri dan notis tentangnya telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli dewan itu. Kelakuan hakim juga tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam Dewan Undangan Negeri.



Kawalan dan keseimbangan (checks and balances) yang terdapat dalam perlembagaan jelas digambarkan oleh sistem pelantikan jawatan hakim kanan. Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Di negara yang mengamalkan sistem presiden, presiden mempunyai kuasa yang tidak terbatas melantik sesiapa sahaja yang disukainya menjadi hakim tanpa terikat secara sah untuk berunding dengan orang lain. Yang di-Pertuan Agong dikehendaki oleh Perlembagaan untuk:

(a) berunding dengan Majlis Raja-Raja; dan

(b) bertindak dengan nasihat Perdana Menteri.



Persetujuan daripada Majlis Raja-Raja tidaklah dituntut oleh perlembagaan, tetapi keengganan seseorang raja, seperti yang pernah berlaku, amatlah diambil berat. Hak Perdana Menteri untuk memberi nasihat juga tidak terhalang. Sebelum Perdana Menteri memberi nasihat kepada Yang di- Pertuan Agong tentang pelantikan hakim selain Ketua Hakim Negara, dia mestilah berunding dahulu dengan Ketua Hakim Negara dan sebelum Perdana Menteri memberi nasihat tentang pelantikan Hakim Besar, dia harus berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi, sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara. Jika berkenaan dengan pelantikan Hakim Besar Borneo, dia dikehendaki berunding dengan setiap ketua menteri negeri-negeri Borneo. Sebelum Perdana Menteri memberi nasihat tentang pelantikan Hakim Mahkamah Agung, dia juga dikehendaki berunding dengan dua orang Hakim Besar, sebagai tambahan kepada



Ketua Hakim Negara. Jika pelantikan itu untuk Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri mestilah berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara. Sebagai tambahan kepada tuntutan perlembagaan di atas, Perdana Menteri bebas merundingkan hal itu dengan sesiapa sahaja secara tidak formal, umpamanya dengan menteri yang juga seorang peguam, Peguam Negara, hakim-hakim kanan dan juga para peguam yang dikenalinya. Disebabkan kawalan perlembagaan inilah maka agak sukar bagi seseorang mengisi badan kehakiman dengan hakim-hakim yang takut melaksanakan tugasnya. Hakim Mahkamah Seksyen dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong setelah dicadangkan oleh Hakim Besar. Majistret Kelas Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan bagi negeri-negeri dilantik oleh raja-raja atau gabenor. Tiap-tiap pelantikan itu (Mardina & Hasnah, 2006). mestilah atas cadangan Hakim Besar. Majistret Kelas Kedua bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh raja-raja atau gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar.



Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hanya melantik pegawai-pegawai ke Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Suruhanjaya ini tidak melantik

mereka sebagai Hakim Mahkamah Seksyen atau majistret. Mereka dilantik menjadi Hakim Mahkamah Seksyen atau majistret oleh Yang di-Pertuan Agong, raja-raja atau

gabenor, seperti yang telah wujud. Pelantikan ini melengkapkan pegawai itu dengan bidang kuasa dan kuasa sebagai Hakim Mahkamah Seksyen dan majistret.



3.0       ISU-ISU YANG MENGUGAT KETELUSAN DAM KEBEBASAM SISTEM KEHAKIMAN NEGARA

Krisis kehakiman negara bermula pada tahun 1988, apabila Mahathir memecat bekas ketua hakim negara, Salleh Abas yang jawatannya dijamin oleh perlembagaan. Semenjak campur tangan politik, sistem dan kredibiliti badan kehakiman negara semakin terhakis.



Kemuncaknya, apabila kes video VK Linggam didedahkan kepada umum. Kes berkenaan mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara. Akhirnya setelah beberapa bulan siasatan dijalankan, kes berkenaan menemui titik noktah, tanpa ada sesiapa yang didakwa atas alasan “kekurangan” bukti.



Skandal Liwat II pula menyaksikan bertapa hinanya sistem kehakiman negara apabila dilihat seolah-olah menjadi anjing dalam percaturan politik untuk menamatkan karier politik Anuar Ibrahim. Sepanjang proses perbicaraan, hak pihak pembelaan sering dinafikan, malah hakim mengarahkan Anwar membela diri hanya kerana beliau mendapati saksi seorang yang berwibawa. Dalam proses perbicaraan sesuatu kes, bukti merupakan elemen terpenting. Saksi hanya sekadar mengukuhkan lagi bukti yang sedia ada (BLOGGER Rakyat, 2011 .



Hari ini, mahkamah telah memerintahkan blogger sharpshooter, Amizudin Ahmad, untuk membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais Yatim. Apabila diteliti fakta kes, blogger berkenaan hanya menyiarkan laporan tuduhan yang didakwa oleh Migrant Care. Maka pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dan dibawa ke mahkamah adalah Migrant Care.



Andai kata dengan menyiarkan sesuatu dakwaan yang dibuat oleh pihak lain menjadi sesuatu kesalahan serius, mengapa tiada blogger dikenakan tuduhan atas menyiarkan rakaman video seks Anuar Ibrahim? Malah rakaman tersebut bukan sahaja telah dijadikan propaganda media arus perdana, tetapi penayangannya juga seolah-olah dihalalkan oleh pihak berkenaan. Bukankah penayangan video berkenaan juga merupakan fitnah? Hanya kerana 99.9% sekalipun pelaku adalah “mirip” Anuar, itu belum cukup untuk mengesahkan bahawa pelaku adalah Anuar, tetapi imej dan nama baik beliau telah tercemar tanpa diberi peluang untuk mempertahankan diri. Inikah yang dikatakan sistem kehakiman yang bebas, bersih dan adil? Sistem yang ada sekarang hanyalah suatu bentuk sistem Double Standard, dimana keputusan sesuatu perbicaraan telah dibuat sebelum prosiding dimulakan (BLOGGER Rakyat, 2011).



3.1       LAPORAN PANEL MENGKAJI SEMULA KRISIS BADAN KEHAKIMAN 1988 DI MALAYSIA

Pada 27 September 2007, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Antarabangsa, Lawasia dan Transparency International-Malaysia menubuhkan sebuah Panel Tokoh-Tokoh Terkemuka (“Panel tersebut”) untuk mengkaji, menyiasat, menyemak semula dan melaporkan mengenai krisis kehakiman negara dan telah melaporkan siasatan mereka pada 26 Julai 2008.



Antara masalah atau isu yang di siasat ialah berkaitan;



      i.        Adalah diketahui umum bahawa pada 8 Ogos 1988 DYMM Yang di-Pertuan Agong telah menyingkirkan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara atas alasan salah laku kehakiman bertindak atas cadangan satu tribunal yang ditubuh khas (“Tribunal Pertama”). Untuk menganalisiskan keputusan ini dengan tepat adalah perlu untuk menyemak semula latar-belakang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penubuhan Tribunal Pertama. Adalah mudah difahami bahawa keputusan ini adalah kemuncak daripada ketegangan yang semakin ketara antara Perdana Menteri dengan Ketua Hakim Negara yang bercampur aduk dengan andaian (yang tidak berasas) bahawa badan kehakiman bertindak berat sebelah menentang kerajaan bersama-sema dengan kegagalan pihak kerajaan untuk memahami betapa pentingnya asas konsep kebebasan kehakiman. Peristiwa-peristiwa yang mengakibatkan penubuhan Tribunal Pertama juga dikaburi dengan isu-isu percanggahan kepentingan yang jelas dan tindak-tanduk Tribunal Pertama yang terburu-buru menamatkan prosiding mereka dan seterusnya mengemukakan penemuan-penemuannya kepada Perdana Menteri dan DYMM Yang di-Pertuan Agong serta tindakan Perdana Menteri dan DYMM Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas penemuan-penemuan tersebut.



  1. Keputusan Mahkamah Agung bertarikh 11 November 1986 dalam kes JP Berthelsen v Director General of Immigration dilaporkan pada [1987] 1 MLJ 134 seolah-olah menjadi punca meledaknya konflik tersebut. JP Berthelsen adalah wartawan kakitangan Asian Wall Street Journal yang telah diberi pas pekerjaan oleh kerajaan Malaysia selama tempoh dua tahun. Ketua Pengarah Imigresen telah menghendaki beliau meninggalkan negara ini dan telah menyerahkan ke atas beliau notis pembatalan berkuatkuasa dengan serta merta bagi pas pekerjaannya itu.



Notis tersebut mengatakan bahawa beliau telah melanggar Akta Imigresen dan Peraturan-peraturannya dan telah gagal mematuhi syarat-syarat yang telah dikenakan di dalam pas pekerjaannya itu dan bahawa kehadiran beliau di dalam Persekutuan telah atau boleh menjejaskan keselamatan negara. Beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri. Perayu telah memohon untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan penamatan pas pekerjaannya, tetapi hakim Mahkamah Tinggi telah menolak permohonannya. Rayuan telah ditetapkan pada 3 dan 11 November 1986 untuk perbicaraan di Mahkamah Agung di hadapan korum terdiri daripada Salleh Abas, Ketua Hakim Negara, Mohamed Azmi dan Abdoolcader, Hakim-Hakim Mahkamah Agung. Mahkamah Agung dalam satu keputusan bertulis sebulat suara membenarkan rayuan itu serta membatalkan penamatan pas pekerjaan Perayu.



Mahkamah Agung mendapati bahawa ini adalah satu kes di mana peraturan-peraturan keadilan sejagat (“rules of natural justice”) menghendaki agar pemohon diberi peluang untuk membuat representasi.  Alasan dalam penghakiman di dalam kes ini bukanlah luar biasa dan konsisten dengan prinsip-prinsip perundangan di dalam suatu politik demokratik. Adalah juga diperhatikan bahawa ini merupakan satu-satunya kes yang melibatkan Tun Salleh di mana beliau membuat keputusan yang menentang kerajaan dalam tempoh yang berkaitan. Pada ketika itu Dr. Mahathir bukan sahaja Perdana Menteri tetapi juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas portfolio imigresen. Nampaknya keputusan ini telah menimbulkan kemarahan Dr. Mahathir dan telah menyebabkan beliau menyerang badan kehakiman dalam satu temuduga oleh majalah Time yang dilaporkan dalam edisi majalah itu bertarikh 24 November 1986. Ulasan-ulasan Perdana Menteri adalah seperti berikut:







“Badan Kehakiman memberitahu [kami], “Walaupun undang-undang dibuat dengan perkara tertentu didalam minda, kami berpendapat bahawa minda anda adalah salah dan kami mahu memberi tafsiran kami”. Sekiranya kami bertentangan pendapat, pihak mahkamah akan mengatakan, “Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu”. Sekiranya kami bersetuju kami dengan cara ini, kami akan hilang kuasa membuat undang-undang. Kami memang mengetahui apa yang kami mahu lakukan, tetapi apabila kami melakukannya ianya akan ditafsir sebaliknya, dan kami tidak mempunyai cara untuk mentafsirnya semula mengikut cara kami. Jika kami mendapati bahawa mahkamah sentiasa membuang kes kami atas tafsirannya sendiri, sekiranya mahkamah mentafsir sesuatu rang undang-undang bertentangan dengan tujuan undang-undang itu dibuat maka kami harus mencari jalan untuk mengeluarkan undang-undang yang akan ditafsir mengikut kehendak kami”.



Ulasan ini jelas memperlihatkan sikap Perdana Menteri yang gagal menghargai peranan badan kehakiman di bawah Perlembagaan dan seterusnya rasa kekecewaan beliau terhadap sebuah badan kehakiman yang bebas.



  1. Temuduga Dr. Mahathir dengan majalah Time telah menyebabkan satu permohonan pengkomitan dibuat oleh En. Lim Kit Siang terhadap Dr. Mahathir atas kesalahan menghina Mahkamah. Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan tersebut pada 11 Disember 1986. Walaupun beliau telah menolak permohonan itu, Hakim tersebut telah mengatakan bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi. Teguran itu tentunya tidak diterima baik oleh pihak eksekutif. Penghakiman Yang Arif Harun Hashim J telah dilaporkan di [1987] 1 MLJ 383.



  1. Satu lagi penghakiman Mahkamah Agung yang dibuat pada 11 Mei 1987 dalam kes Public Prosecutor v Dato’ Yap Peng yang dilaporkan dalam [1987] 2 MLJ 311 telah diperlihatkan dalam keadaan pada ketika itu sebagai memperkuatkan keazaman pihak kerajaan untuk meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa badan Kehakiman Persekutuan. Dalam kes tersebut pihak responden didakwa di Mahkamah Seksyen kerana pecah amanah di mana dia menuntut pembicaraan. Pendakwa Raya bertindak di bawah seksyen 418A Kanun Keseksaan menghendaki kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan telah mengeluarkan sijil yang berkenaan bagi maksud tersebut.



Pihak Responden ketika menghadapi tuduhan di hadapan Mahkamah Tinggi mencabar kesahihan seksyen 418A ibid. di bawah Perlembagaan atas alasan bahawa seksyen tersebut bercanggah dengan Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Tinggi telah mengesahkan cabaran pihak responden. Rayuan ke Mahkamah Agung telah dibicarakan oleh lima hakim termasuk Tun Salleh dan ditolak oleh majoriti (3-2) serta mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi, yang diperlihatkan sebagai konsisten dengan arah aliran umum undang-undang di negara-negara Komanwel. Walau bagaimanapun, Tun Salleh merupakan salah satu daripada dua hakim yang menentang dalam keputusan itu. Dalam keputusan beliau yang menentang, Tun Salleh telah mengambil pendapat yang menyebelahi pihak kerajaan bahawa kuasa untuk memindahkan kes tidak merupakan penggunaan kuasa badan kehakiman dan kerana itu seksyen 418A tersebut tidak menyalahi Perkara 121(1). Pentingnya pendapat Tun Salleh dalam kes ini adalah ianya menidakkan dakwaan yang dibuat terhadap beliau dalam prosiding penyingkirannya yang kononnya beliau berat sebelah dan anti-kerajaan pada ketika itu



  1. Satu ringkasan prosiding kes-kes yang difailkan sebagai Lim Kit Siang v United Engineers (M) Berhad di Mahkamah Tinggi mungkin sesuai pada ketika ini kerana kes-kes tersebut telah menimbulkan kehangatan politik. Dalam kes tersebut, Plaintif telah memfailkan prosiding di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk satu pengisytiharan dan relif injunktif untuk menghalang satu kontrak ditandatangani dan memohon injunksi interlokutari pada kadar segera. Permohonan ini telah ditolak oleh Hakim Edgar Joseph Jr. (yang kemudiannya telah dilantik menjadi Pengerusi Tribunal Kedua) atas alasan perintah yang dipohon sebenarnya adalah injunksi terhadap pihak Kerajaan Malaysia. Penghakiman beliau dilaporkan dalam [1988] 1 MLJ 35.



Tidak berapa lama selepas ini, pada 25 Ogos 1987 dalam Rayuan Sivil Mahkamah Agung No. 363 tahun 1987, Mahkamah Agung telah membenarkan Injunksi Interlokutori dalam Rayuan Lim Kit Siang, seorang pemimpin Parti Pembangkang di Parlimen, untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), dari menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Korum yang bersidang di Mahkamah Agung adalah Tan Sri Lee Hun Hoe, Hakim Besar Borneo (No. 3 di dalam hierarki badan kehakiman selepas Tun Salleh dan Tan Sri Hamid dan kemudiannya menjadi ahli Tribunal Pertama), Tan Sri Wan Suleiman dan Tan Sri Wan Hamzah, hakim-hakim Mahkamah Agung (yang telah menjadi defendan pada Tribunal Kedua). Terdapat satu laporan ringkas mengenai keputusan ini dalam (1987) 2 CLJ 195.



Laporan Dari Panel Tersebut

Setelah mengkaji keputusan-keputusan dan laporan-laporan Tribunal Pertama dan Tribunal Kedua, dan setelah mempertimbangkan takrif dan maksud `salah laku kehakiman’ seperti tersebut di atas, Panel ini mencapai kesimpulan bahawa keanggotaan kedua-dua tribunal, kaedah-kaedah yang digunakan olehnya, dan keputusan-keputusan dan kesimpulan-kesimpulan dicapai terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Salleh dan dua hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah, serta juga syor-syornya untuk pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua hakim tersebut, tidak berasas ataupun wajar, berdasarkan keadaan kedua-dua kes tersebut. Hatta, pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh, daripada jawatan mereka adalah tidak mengikut perlembagaan dan non est.





Terdapat banyak pendapat, bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar Malaysia, yang disokong oleh ulasan-ulasan daripada pakar undang-undang terkemuka yang diterbitkan di dalam jurnal undang-undang dan laporan media bahawa krisis kehakiman 1988 telah memberi kesan yang mendalam ke atas badan kehakiman Malaysia yang menyebabkan ke hakisan kebebasannya. Tangggapan ini mungkin betul atau tidak tetapi kesan buruk daripada peristiwa-peristiwa 1988 terhadap tanggapan masyarakat tidak boleh disangsikan (Malaysia Bar, 2008).



Maka, Panel ini berpendapat bahawa adalah wajar baginya membuat beberapa syor untuk tujuan membina kepercayaan orang awam terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman dalam Negara ini. Badan peguam dan badan kehakiman yang bebas adalah penting untuk perkembangan politik, ekonomi dan social di Malaysia. Tanpa mengkritik kejujuran mana-mana individu hakim, fakta yang tidak boleh dinafikan adalah peristiwa-peristiwa berhubung dengan krisis kehakiman 1988 telah merendahkan kepercayaan orang awam terhadap badan kehakiman pada keseluruhannya.



Reputasi badan kehakiman perlu dikembalikan dan amalan-amalan yang salah yang berlaku pada 1988 harus tidak berulang. Berdasarkan semangat ini, Panel ini yang terdiri daripada frateniti guaman di rantau Asia-Pasifik mempunyai beberapa cadangan untuk dibentukkan sebagai syor-syor. Ini adalah:-



  1. Demi kepentingan Negara, adalah perlu untuk menebus kepercayaan orang awam terhadap kebolehpercayaan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang agar ketidakadilan yang dilakukan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Salleh, dan dua hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah diperbetulkan, dengan cara yang terbaik dan seawal mungkin. Pengakuan kesilapan oleh kerajaan kerana memecat tiga hakim tersebut pada 1988 dan mengambil langkah yang wajar untuk membetulkannya merupakan satu isyarat yang wajar bagi tujuan mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap badan kehakiman. Panel menghargai pernyataan terbaru yang dilaporkan dan juga tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan dewasa ini berhubung dengan isu ini.



  1. Pernyataan Beijing mengenai Prinsip-Prinsip Kebebasan Badan Kehakiman di Rantau LAWASIA, 1997 dan Prinsip-Prinsip Bangalore mengenai Tingkah Laku Kehakiman, 2002 harus dipakai sebagai garis panduan untuk kebebasan badan kehakiman dan kebertanggungjawaban kehakiman.



  1. Sekiranya keadaan yang sama berlaku pada masa hadapan yang memerlukan penggunaan Perkara 125(3), ketelitian perlu diambil terhadap keanggotaan tribunal untuk memastikan ketiadaannya sebarang bahaya berat sebelah. Ketelitian juga harus diambil untuk melantik ahli-ahli yang bertaraf lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya sama di sisi darjat dan pangkat dengan hakim yang disiasat demi menjaga maruahnya, dengan cara, jika perlu, melantikkan ahli-ahli dari mana-mana bahagian



Komanwel. Inilah semangat di bawah Perkara 125(4) Perlembagaan yang harus dihormati. Tatacara yang diikuti oleh sebuah tribunal pada masa hadapan, bukan seperti Tribunal Pertama, harus memastikan bahawa peluang yang penuh dan adil diberi kepada hakim berkenaan, untuk membela dirinya sendiri, termasuk hak untuk diwakili oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri.



  1. Pemisahan kuasa antara badan kehakiman dan eksekutif mustahak demi kebebasan badan kehakiman. Seharusnya, tiada sebarang penguasaan eksekutif atas kerjaya dan prospek masa hadapan seorang hakim selepas perlantikannya.



Ketegangan antara badan kehakiman dan eksekutif adalah biasa, khususnya, kerana peranan proaktif badan kehakiman dilihat sebagai memperkuatkan semangat kedaulatan undang-undang. Perbezaan halus antara kuasa pihak eksekutif dan badan kehakiman harus dikekalkan tanpa mengorbankan hak-hak asasi individu atau kumpulan. Dalam keadaan yang melibatkan ketegangan yang semakin meningkat, badan kehakiman boleh mengambil langkah-langkah pencegahan yang wajar yang tidak akan menghakiskan maruah atau kebebasan dari apa-apa segi (Malaysia Bar, 2008).



Kelaziman mengenai keadilan sejagat dan prinsip-prinsip untuk perbicaraan adil yang diiktiraf oleh seluruh dunia harus merangkumi (i) pemisahan pengadu dari proses pemilihan ahli-ahli tribunal (ii) ketiadaan pertentangan kepentingan atau berat sebelah yang dapat dilihat akan ahli-ahli tribunal (iii) hak untuk meminta pendengaran awam (iv) keperluan bukti melampaui keraguan munasabah, dan (v) penggantungan hakim sambil menantikan penyiasatan hanya dalam hal keadaan yang luar biasa.



  1. Kebebasan badan kehakiman dan pemakaian kedaulatan undang-undang adalah mustahak bagi kemajuan semua masyarakat. Badan guaman mempunyai peranan yang sangat penting demi menjunjung prinsip-prinsip ini dan ia mempunyai kewajipan untuk memainkan peranan aktivis berkenaan dengan isu ini



Ini adalah beberapa syor umum oleh Panel berdasarkan kepada kelaziman yang sudah wujud yang diikuti oleh negara-negara yang ditadbirkan oleh kedaulatan undang-undang, termasuklah yang berada di rantau Asia-Pasifik. Diharapkan laporan ini akan menjadi suatu peringatan, memandangkan keperluan melangkah kehadapan dan membetulkan kesan-kesan buruk krisis kehakiman 1988 (Malaysia Bar, 2008).









4.0       PENILAIAN KETELUSAN DAN KEBEBASAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA

Pernah dikatakan oleh Caroline Gilman (Author 1837) “Sesuatu idea bernas adalah suatu harta yang terlalu berharga untuk hilang”. (Terjemahan dari–One clear idea is too precious a treasure to lose). Dan hakikat ini adalah benar apabila bekas Ketua Hakim Negara Y.A.A. Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Fairuz Bin Dato’ Sheikh Abdul Halim menerajui Badan Kehakiman Negara. Perkara utama adalah ketelusan Badan Kehakiman. Dan satu cara untuk mencapai matlamat itu adalah, barangkali, untuk merenungkan kata-kata berikut oleh Hakim Mahkamah Keluarga di Amerika Syarikat, Howard Spitz “Membiarkan masuk pancaran suria menjangkaui ketidaksenangan dan keaiban individu dan menguatkan keyakinan awam dan integriti kepada proses mahkamah. Keadilan tidak mampu bertahan di belakang dinding-dinding sepi.” (Jabatan Kehakiman, 2004).



4.1       SERUAN PEMBAHARUAN

Ketua Hakim Negara mengarahkan suatu pembaharuan dibuat mengenai prosedur dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pelupusan kedua-dua kes jenayah dan sivil. Beliau telah menarik perhatian kepada fakta bahawa sistem ‘adversarial common law’ di mahkamah sekarang nampaknya tidak memenuhi kehendak negara dan masyarakat untuk mencapai keadilan yang cepat. Maka dengan itu disyorkan satu kajian yang mendalam terhadap sistem-sistem kehakiman negara-negara lain dibuat. Adalah diharapkan pengkajian yang mendalam itu dapat membantu Badan Kehakiman untuk mewujudkan kaedah prosedur yang akan membolehkan keadilan dicapai dengan secepat mungkin tanpa menjejaskan prinsip asas keadilan. Di dalam meneruskan seruannya untuk pembaharuan, Ketua Hakim Negara telah mewujudkan beberapa Jawatankuasa semasa Persidangan Majlis Hakim-Hakim yang lalu. Jawatankuasa- Jawatankuasa tersebut ialah–

  1. Dua Jawatankuasa Kerja berhubung dengan tatacara semasa dalam perbicaraan sivil dan jenayah dan untuk membuat cadangan terhadap pindaan yang perlu dibuat dalam usaha untuk mempertingkatkan dan mencapai kelancaran dan kecepatan pelupusan perbicaraan.
  2. Jawatankuasa Kerja berhubung dengan Gaji Hakim di bawah Akta Saraan Hakim.
  3. Jawatankuasa Kerja atas Kebebasan Institusi Kehakiman.



Selaras dengan polisi kebangsaan untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat, Badan Kehakiman sedang menyemak kesemua bahan yang relevan untuk dihebahkan

kepada orang awam tentang perkhidmatan yang diberi oleh mahkamah dan masa yang perlu diambil.



4.2       PERUBAHAN BIDANG POLITIK UTAMA NEGARA (NKPA)

Untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, selain daripada dasar pembangunan ekonomi, Kerajaan Najib harus melaksanakan langkah perubahan dan pembaharuan dalam bidang politik secara serentak supaya perkara ini dapat menjana impak yang mampu melipatgandakan usaha peningkatan pelaburan dan daya saing negara. Dengan menggariskan 5 Bidang Politik Utama Negara (NKPA) sebagai langkah perintis bagi mewujudkan suasana pembangunan ekonomi dan pelaburan yang kondusif di Malaysia. Antara dengan peningkatan ketelusan dan kebebasan sistem kehakiman negara. Pembaharuan Badan Kehakiman



Selepas siasatan inkuiri dibuat oleh Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam, bukan sahaja tiada pihak yang dikenakan tindakan, malah dua bekas ketua hakim negara bersama peguam Datuk VK Lingam yang terlibat dalam kes tersebut berjaya mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya tersebut.



Perkara ini telah menyebabkan imej institusi kehakiman Malaysia sekali lagi terhakis lebih-lebih lagi apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya yang bernama Saiful Bukhari. Proses pembicaraan yang kurang telus dan penuh dengan kecurigaan itu telah menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur, orang awam dan masyarakat antarabangsa. Perkara ini telah dikenal pasti oleh Jutawan British Richard Branson dengan menyatakan bahawa perbicaraan tersebut telah menjadi ’duri dalam daging’ dan  menjejaskan keyakinan pelabur.



Perkembangan peristiwa-peristiwa yang disebut di atas seolah-olah memberikan gambaran kepada pelabur dan rakyat bahawa kerajaan tidak dapat, bahkan tidak berniat melakukan sebarang perubahan  untuk memperbaiki imej badan kehakiman di negara ini. Oleh sebab itu, untuk memulihkan keyakinan pelabur dan rakyat, kerajaan wajar menggariskan beberapa langkah tambahan bagi memantapkan sistem kehakiman negara kita. Penguatkuasaan akta-akta seperti Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim yang merupakan legasi di zaman Abdullah Badawi sudah tidak lagi memadai (Harakahdaily, 2009).



4.3       PENGUATKUASAAN KOD ETIKA KEHAKIMAN DALAM MEMASTIKAN KETELUSAN DAN KEBEBASAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA

Satu kod etika bernama "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" atau dalam bahasa Inggeris dengan izin "Judges' Code of Ethics 1994" telah digariskan oleh Ketua Hakim Negara untuk diguna pakai oleh hakim-hakim. Tujuannya ialah untuk mengawal perlakuan hakim-hakim supaya kewibawaan sistem kehakiman negara terjamin. Perlaksanaan kod etika ini patut diberi sokongan dan pujian.  

Di antara kandungan kod etika ini adalah seperti berikut dengan izin:-

1. This code of ethics may be cited as the Judges' Code Of Ethics 1994

2. (1) This Code of Ethics shall apply to a judge throughout the period of his service.

    (2) The breach of any provision of this Code of Ethics may constitute a ground for the     removal of a judge from office.

3. (1) A judge shall not -

a)    Subordinate his judicial duties to his private interests'

b)    Conduct himself in such manner as is likely to bring his private interests into conflict with his judicial duties

c)    Conduct himself in any manner likely to cause a reasonable suspicion that -

                      i.        He has allowed his private interest to come into conflict with his judicial duties so as to impair his usefulness as a judge; or

                    ii.        He has used his judicial position for his personal advantage;

d)    Conduct himself dishonestly or in such manner as to bring the Judiciary into disrepute or to bring discredit thereto;

e)    lack efficiency or industry;

f)     inordinately and without reasonable explanation delay in the disposal of cases, the delivery of decisions and the writing of grounds of judgment;

g)    refuse to obey a proper administrative order or refuse to comply with any statutory direction;

h)   absent himself from his court during office hours without reasonable excuse or without prior permission of the Chief Justice, the President of the Court Appeal of the Chief Judge, as the case may be; and

i)     be a member of any political party or participate in any political activity.



(2) A judge shall, on his appointment or at any time thereafter as may be required by the Chief Justice, declare in writing all his assets to the Chief Justice.

Penggarisan kod etika ini cukup baik sekiranya ia benar-benar diguna pakai oleh semua hakim-hakim. Tindakan tegas tanpa mengira kedudukan dan pangkat patut diambil terhadap mana-mana hakim yang melanggar kod etika ini.

Sekiranya ia dikuatkuasakan maka ia sedikit sebanyak dapat memulihkan imej sistem kehakiman negara yang sudah tercemar akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab beberapa orang hakim. Ia akan memberi kewibawaan kepada hakim-hakim yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur dan amanah. Tetapi sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap mana-mana hakim termasok Ketua Hakim Negara yang melanggar kod etika ini maka imej sistem kehakiman negara akan terus tercemar. Keyakinan rakyat dan masyarakat setempat dan antarabangsa terhadap keadilan dan ketelusan sistem kehakiman negara terus menjadi tanda-tanya.

Penjelasan siapakah yang bertanggungjawab menguatkuasakan "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" ini. Sekiranya kod etika ini dilanggar oleh Ketua Hakim Negara sendiri siapakah yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap beliau?

Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab apakah tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana hakim termasuk Ketua Hakim Negara sendiri sekiranya mereka mendapati hakim-hakim ini melanggar kod etika hakim-hakim 1994 ini.

Sekiranya hakim-hakim ini bebas melakukan apa mereka suka, saya takut masyarakat tidak lagi menghormati hakim-hakim dan sistem kehakiman negara.

Negara dikejutkan dengan pertelingkahan di antara seorang Menteri Kanan dan Ketua Hakim Negara yang menegur tingkah laku yang tidak sopan Ketua Hakim Negara sekeluarga bercuti dengan seorang peguam V.K. Lingam sekeluarga di New Zealand. Satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Ketua Hakim Negara mendakwa kononnya perjumpaan beliau dengan peguam V.K. Lingam di New Zealand adalah secara kebetulan sahaja. Walaubagaimanapun pendedahan yang dibuat oleh akhbar Asian Wall Street Journal, internet dan Laporan Penyiasat Bowman membuktikan bahawa perjumpaan tersebut bukannya secara kebetulan tetapi hasil daripada percutian yang terancang dan berjadual siap dengan gambar dan semua butir-butir perjalanan dan tempat percutian mereka sekeluarga didedahkan.

Ini membuktikan bahawa Ketua Hakim Negara telah berbohong kepada negara dengan mengeluarkan kenyataan palsu dan ini melanggar Kod Etika Hakim-Hakim 1994 seksyen 3 (1)(d) iaitu dengan izin " Conduct himself dishonestly or in such a manner as to bring the Judiciary into disrepute or to bring discredit thereto" untuk melindungi salahlaku beliau bercuti dengan seorang peguam yang mewakili pelanggan-pelanggan di mana Ketua Hakim Negara terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perbicaraan kes-kes mereka. Ini jelas dan terang melanggar Kod Etika Hakim-Hakim 1994 Seksyen 3(1)(a)(b) dan (c) iaitu dengan izin,

"3 (1) A judge shall not-

(a) Subordinate his judicial duties to his private interests;

(b) Conduct himself in such manner as is likely to bring his private interests into conflict with his judicial duties;

(c) Conduct himself in any manner likely to cause a reasonable suspicion that-

- he has allowed his private interests to come into conflict with his judicial duties so as to impair his usefulness as a judge;

- he has used his judicial position for his personal advantage; "







Siapakah yang bertanggungjawab menguatkuasakan Seksyen 2 (2) Kod Etika ini iaitu dengan izin " The breach of any provision of this Code of Ethics may constitute a ground for the removal of a judge from office" terhadap Ketua Hakim Negara yang mengeluarkan kenyataan palsu dan berlaku sumbang ini?

Selain Ketua Hakim Negara peguam V.K. Lingam ini juga didapati bercuti bersama dengan Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah di Itali pada tahun 1994. Gambar-gambar percutian mereka bersama juga tersiar di dalam internet. Siapa lagi yang dibawa oleh peguam ini bercuti. Tetapi memang diketahui umum peguam ini mewakili pelanggan-pelanggan terkenal yang menyaman pihak-pihak tertentu yang melibatkan saman bernilai berjuta-juta ringgit yang mana Ketua Hakim Negara terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perbicaraan kes-kes mereka ini.

Penyelewengan dan salah laku hakim-hakim mula terdedah apabila tersebarnya surat layang mengenai amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penetapan perjalanan kes-kes tertentu yang didakwa ditulis oleh bekas seorang hakim mahkamah tinggi yang sudah jijik dan jelik dengan penyelewengan yang berlaku di dalam perbicaraan beberapa kes seperti Air Molek, MBF Holdings', V.K. Linggam lawan Skrine & Co dan Param Cumaramsamy dan lain-lain lagi. Surat tersebut walaupun merupakan surat layang tetapi ternyata apa yang diperkatakan dalam surat tersebut benar-benar berlaku di dalam sistem kehakiman negara sekarang ini (Ab. Rahman, 2000).

Kelakuan pincang dan sumbang beberapa orang hakim telah lama diketahui umum. Masyarakat pada umumnya tidak jelas apa tindakan yang boleh diambil terhadap hakim-hakim yang berlaku sumbang dan pincang ini seperti:

§  memberi pampasan yang begitu tinggi di dalam beberapa kes yang melibatkan orang-orang tertentu yang menggunakan peguam-peguam tertentu,

§  menerima arahan memberatkan atau meringankan hukuman terhadap orang-orang tertentu,

§  menolak orang-orang tertentu dari menjadikan saksi walaupun diminta oleh tertuduh,

§  menghalang orang-orang tertentu seperti Perdana Menteri daripada menjadi saksi,

§  menerima rasuah,

§  melengah-lengah atau mempercepatkan kes-kes tertentu,

§  bercuti dengan peguam yang mempunyai hubungkait dengan kes yang mereka bicara,

§  'expunge' dengan izin, bukti-bukti penting dalam perbicaraan,

§  membenarkan penyebaran afidavit sebelum dikemukakan kepada hakim,

§  menerima bukti sebagai saksi benar dari orang yang sudah bankrap,

§  menerima pengakuan dari saksi yang didapati berzina

§  menerima bukti dari orang yang dipaksa membuat pengakuan palsu semasa dalam tahanan polis,

§  menghalang majlis peguam daripada bersidang untuk membincang perkara yang melibatkan kepentingan profesion mereka;



Pelbagai lagi kepincangan sehingga masyarakat tempatan dan antarabangsa sangsi terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim tertentu.  Akibat daripada kepincangan dan salahlaku hakim-hakim sistem perundangan dan kehakiman negara tidak lagi dihormati. Peniaga-peniaga tidak lagi mahu undang-undang Malaysia dijadikan sebagai tempat rujukan "arbitration" dengan izin dalam perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa. Inilah padahnya akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir hakim-hakim tetapi mereka terus dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Sudah sampai masanya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana hakim yang menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mereka (Ab. Rahman, 2000)



5.0       KESIMPULAN

Apa yang pasti melalui perbincangan di atas sudah wujud kesedaran di kalangan rakyat mengenai ketelusan dan kebebasan sistem kehakiman negara. Apa yang pasti pemerintah seharusnya tidak mencampuri urusan badan kehakiman dalam memberikan kebebasan untuk mereka menjalankan tugas dengan adil. Begitu juga dengan kawalan terhadap badan kehakiman seperti hakim-hakim mereka juga perlu dipantau supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memudaratkan perjalanan sistem kehakiman negara. Apa yang pasti kini, perubahan dalam ketelusan dan kebebasan badan kehakiman sudah menampakkan hasil dan mampu memberikan satu reputasi yang baik kepada badan tersebut Walaupun terdapat kecaman terhadap beberapa keputusan namun keadaan ini sukar untuk memberikan kepuasan kepada semua orang terutama mereka yang kalah atau diambil tindakan

Rujukan

Nazaruddin Mohd Jali, Ma’ rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Mohd Rashid. (2004). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2004). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti.

Blogger Rakyat. (2011). Sejauh manakah kebebasan sistem kehakiman negara? Atas talian 4 March 2011, dari http://www.bloggerrakyat.com/2011/07/sejauh-manakah-kebebasan-sistem-kehakiman-negara/.

Malaysia Bar. (2008). Laporan Panel Tokoh- Tokoh Terkemuka Untuk Mengkaji Semula Krisis Badan Kehakiman 1988 Di Malaysia. Atas talian 4 March, dari http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1948

Jabatan Kehakiman. (2004). Peningkatan Kecekapan. Atas talian 4 March 2012, dari http://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/document3/POJ-LAPORAN% 20 TAHUNAN/BM/200405/LP-15.pdf

Harakahdaily. (2009). Laksanakan NKPA serentak dengan NKEA. Atas talian 4 March 2012, dari http:/ /www.harakhdaily.net/v2/index.php?op tion=com_conte nt&view =article&id=28861:laksanakan-nkpa-serentak-dengan-nkea&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Abdul Rahman Yusof. (2000). Penguatkuasaan "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" Ucapan Penangguhan YB Abd Rahman b Yusof Ahli Parlimen Kemaman pada 10hb. Julai 2000. Atas talian 4 March. 2012, dari http: //www .tranungkite .net / lama/berita7/pas2.htm